Iklan

Iklan Nuffnang

25 Sep 2016

Rendang Kacang Panjang Dengan Isi Perut Ayam Nismilan






Saya terpandang masakan Rendang Kacang Panjang Nismilan yang menggunakan kacang panjang dan isi perut ayam yang sungguh nampak menyelerakan. Teringat Lauk Teresek Kacang Panjang yang selalu dihidangkan di majlis kenduri di Kelantan. Cuma Teresek menggunakan keropeh ayam. Hahaha keropeh itu seperti leher, kaki, kepak, hempedal dan hati ayam. Insya Allah nanti saya akan kongsikan resepi Teresek yang merupakan lauk kegemaran saya di majlis kenduri di Kelantan. Setiap kali kakak mengadakan kenduri, saya akan mencadangkan lauk Teresek.

23 Sep 2016

Rendang Ayam Sedap dan Tahan Lama Azie Kitchen





Sebelum tidur biasanya saya akan mendengar kuliah ustaz ustaz di youtube. Antara yang biasa saya tonton ialah youtube Ustaz Jafri Abu Bakar. Saya suka mendengar berulang kali bab amalan yang boleh meninggikan darjat. Antaranya ialah membaca "Laa Ilaa Haillallaahu wahdahu Laa syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumit, Wahua 'Alaa Qulli Syaiin Qadiir" yang mana akan dihapuskan 10 kejahatan, diberikan 10 pahala dan diangkat 10 darjat. Ianya dibaca sebanyak 10 kali selepas solat Maghrib dan Subuh dengan syarat tidak berkata apa apa selain ini dan juga kaki masih dalam kedudukan tahiyat akhir. Selain itu, saya juga belajar mengenai kelebihan istighfar di mana ianya dapat menghilangkan perasaan gundah gelana, dapat menghilangkan masalah yang dihadapi serta akan diberikan rezeki yang tidak disangka sangka. Lengkap sekali kerana tiada masalah, tiada gelisah, diberi rezeki. Itulah yang dikehendaki oleh semua insan di muka bumi ini. Jom sama sama kita amalkan amalan mudah tetapi sangat banyak kelebihannya. Bak kata Ustaz Jafri, semasa masih bernyawa, rebutlah peluang membuat pahala dengan mengamalkan amalan yang mudah mudah ini. Peruntukkan masa tertentu untuk membacanya. Tidak boleh hanya mahu membaca, bila kita menpunyai masa kerana yang pasti kita tidak akan ada masa. Jadi sebagai contoh, sebelum tidur atau selepas setiap kali solat, kita peruntukan masa untuk berzikir, membaca surah surah pilihan dsb.

21 Sep 2016

Cantik Nyer Gambar Dengan Telefon Pintar Huawei P9


SPONSORED POST




Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya yang diberi peluang membuat review telephone pintar Huawei P9. Seperti biasalah, bila handphone ada di tangan, perkara pertama yang dibuat adalah mengambil gambar selfie. Seperti tidak percaya dengan gambar selfie yang terhasil. Hahaha saya sangat comel lah pulak dalam gambar tu. Ala ala ayu muda gituu. Serious bagi yang gemar berselfie, jangan lupa untuk merakam gambar selfie dengan handphone Huawei P9. Tak perlu nak edit bagai. Tengok gambar saya di bawah ini, seolah baru lepas bersolek.

 
 



Inilah kali pertama, saya melihat handphone yang menpunyai dua lensa yang mampu menghasilkan gambar yang akan membuat kita teruja dengannya. Selain gambar yang jelas, warna yang dirakamkan juga sangat terang dan cantik. Berbunga bunga hati melihat keindahan warna yang terhasil.







Selain berselfie, saya juga gemar mengambil gambar gambar masakan dari pelbagai sudut. Tugasan sebagai blogger masakan tidak semudah bidang lain kerana saya perlu memasak sebelum mengambil gambar. Kebiasaannya untuk satu masakan saya akan snap dari 5-10 keping gambar. Saya sukakan gambar masakan saya kelihatan jelas dan hidup seolah masakan berada di depan mata.







Tapi sebagai wanita berkerjaya, aktiviti memasak hanya dibuat selepas waktu pejabat. Inilah cabaran sebenar kerana apabila masakan disiapkan, hari pun telah senja. Ketiadaan cahaya yang cukup menyebabkan gambar yang terhasil tidak cantik dan hidup. Huawei P9 dengan fungsi dua lense sangat membantu saya untuk merakamkan gambar yang saya inginkan untuk blog saya. Cantik sangat gambar yang terhasil walaupun di dalam keadaan ketiadaan cahaya yang cukup. Inilah salah satu kelebihan handhone yang menpunyai kamera dua lensa berbanding dengan satu lensa. Gambar di bawah ini dirakam waktu senja.






Sebagai blogger, saya juga adalah mobile photographer yang perlu merakam gambar bukan sahaja cantik dan sharp tanpa mengira siang atau malam tapi juga mudah digunakan.

Haa selain ciri ciri yang saya sebutkan di atas, design telefon ini pun sangat moden dan stylish dengan pilihan pelbagai warna menarik. Jom sama sama kunjungi pengedar handphone Huawei P9 hari ini juga.

Kepada anda semua yang perlukan contoh contoh yang lain, boleh tonton video di facebook dengan klik di SINI banyak pendapat yang diberikan  oleh orang ramai. Anda juga boleh cuba melakukan ujian kecil yang boleh didapati dalam posting tersebut yang boleh mencadangkan smartphone yang bersesuaian dengan anda. Cubalah hari ini.
 

19 Sep 2016

Kari Daging Korban Sedap Yang Mendapat Pujian Suami



 
Sempena cuti hujung minggu yang panjang serta sambutan Hari Malaysia, Encik Hubby menolong saya di dapur. Maklum yang ada di rumah, hanyalah 2 orang anak bujang sahaja. Hubby tolong menghiris daging yang masih separuh beku selepas dikeluarkan dari peti ais dan membasuh kuali besar di sink belakang rumah. Kami menghabiskan masa dengan bersarapan bersama sama, berkebun bersama sama, menonton televisyen bersama sama dan bersolat di surau bersama sama. Inilah masa yang betul betul berkualiti. Lama betul kami tidak meluangkan masa sebegini, apalagi untuk berduaan di gazebo di bawah cahaya bulan purnama yang sedang mengambang. Terasa seperti pasangan kekasih yang sedang bercinta. Telah lama kami tidak bersembang dan berbicara santai. Selama ini, masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Memang lah patut suami isteri pergi bercuti berduaan. Kembali mengeratkan kasih sayang supaya tak ada pihak ketiga yang cuba menumpang dalam perkahwinan yang dibina. Nasihat saya setiap orang perlu menjaga batas pergaulan di pejabat supaya urusan kerja tidak terbawa bawa ke urusan ber WhatsApp personal pulak. Memang ramai yang saya lihat di depan mata, hatta kepada mereka yang sama sama telah berkahwin sekali pun boleh bercerai berai bila tidak tahu menjaga batasan pergaulan. Awaass saya lihat dan saya perhati... Cukup di sini dahulu.

18 Sep 2016

A Keeper Recipe Untuk Ayam Masak Merah Sedap






Berkali kali kita mendengar ungkapan, bila kita menyayangi Allah, Allah akan menyayangi dan menjaga kita. Tapi bila kita menyayangi manusia, suatu ketika kita akan disakiti. Namun kita jarang mengambil pengajaran dari ungkapan ini. Kita masih menyayangi manusia secara berlebihan. Begitu juga dengan saya. Walaupun hati dihancur dan dirobek berkali kali, kita masih tidak mahu mengambil iktibar. Saya percaya di sebalik apa sahaja ujian, pasti ada hikmahnya. Yang pasti, cinta, kasih dan sayang tidak boleh dipaksa. Kita tidak boleh memaksa diri sendiri untuk menyintai, juga meminta diri dicintai. Saya harus belajar menerima hakikat ini dan move on. Sepanjang hidup, saya merasakan mereka yang ikhlas menyayangi saya adalah kedua ibubapa. Mereka menyayangi diri ini tanpa syarat. Melangkaui dunia yang fana ini. Berlalu kisah di taman, bak mimpi diganggu siang, disebut diingat jangan, tak guna dikenang-kenang. Lagu nyanyian Allahyarhamah Datin Rafeah Buang yang sangat menusuk kalbu. Jika diberi peluang, saya ingin memulakan episod yang baru. Memulakan buku baru...