Iklan Nuffnang

Revenuehits html

13 Feb 2012

Jom Belajar Membuat Homemade Pizza Dough

  




Saya tidak pernah pun terlintas untuk membuat pizza kerana saya tidak berapa gemar memakan pizza. Tapi Aween asyik menyebut pasal pizza. Pandai pulak dia nak memujuk saya dengan mengatakan "mama kenalah buat pizza juga, barulah ada varities dalam blog mama. Nanti orang tengok masakan yang sama jer". Hahaha itulah bijak budak kecil tu memainkan perasaan kita. Memang dia sekarang ni pemakan. Ya lah usia seperti dia yang tengah membesar. Sampai malam tadi dia minta supaya saya bangun pagi pagi dan sediakan cucur udang untuk dia makan sebelum ke sekolah, bila saya beritahu yang saya bekerja hari ini, jadi mesti tak sempat.

Untuk memujuk Aween, saya mencari resepi pizza yang mudah, ada pizza ekspress yang hanya menggunakan roti gardenia saja sebagai base. Tapi dia tak mahu kerana itu bukan original pizza katanya. So apa nak jawab dengan anak anak yang minta dimasakkan makanan kegemaran. Tiada pilihan melainkan saya mengajak hubby ke Village Grocer mencari bahan bahan untuk membuat pizza. Seperti biasa saya akan cari yang mudah dibuat, menggunakan bahan yang simple dan yang penting, hmmm semestinya sedaaappp.... Doh ini sangat gebu dan lembut. Saya sangat sangat berpuas hati.

Sementara menunggu Aween balik dari sekolah saya menyediakan doh pizza. Hanya akan dibakar panas panas bila dia hampir sampai di rumah. Sesampai saja di rumah, dia terus membuat topping pizza sendiri. Jom saya layan anda semua dengan langkah demi langkah menyediakan doh pizza resepi omputih. yeah...





Homemade Pizza Dough
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)

Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.






Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.







Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati.






Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.






Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.



 

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian








Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.









Siaaap doh yang gebu dan lembut ini.  Siap untuk diletakkan sos dan topping ...



117 ulasan:

  1. Memamg dah lama nak cuba, nanti nak buat la..

    BalasPadam
  2. Saya sangat berpuashati dengan resepi ini. lepas cuba, bolehlah update ya

    BalasPadam
  3. sis ... odw nak buat nih.. harap2 menjadi :D Thanks 4 d recipes ... <3

    BalasPadam
  4. Resepi yang simple n menarik. boleh cuba ni. TQ share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Pasti menjimatkan

      Padam
    2. oh,lebih kurang je rupa nya doh dgn doh donat..esok nak cuba.

      Padam
  5. byknye resipi yg best2 dlm blog auntie! sy suke sgt! rasa mcm nk try semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, ambik masa dan cuba satu persatu

      Padam
  6. auntie,macam mana nk pstikan yg doh tu lembut ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah pernah guna resepi di atas ke. Saya buat, OK jer

      Padam
  7. blum cuba lgi..nti nak guna recipe nih lah :D
    thnks auntie..

    BalasPadam
  8. Tq for the recepi..mmg berbaloi..
    Saya dah cuba,t.kasih sis :-)
    Semoga Allah murahkan rezeki sis bkongsi ilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ROTI TU BOLEH SIMPAN X ?
      UNTUK MASAK SEHARI DUA LG KE?
      KLU X HBIS ?

      Padam
  9. azie tq for the best pizza dough recipe ever

    BalasPadam
  10. i have been making pizza like more than 10 years now.. and i must tell you that this is the best recipe i have tried. tq for sharing and the tutorial

    BalasPadam
  11. Cara nak buat doh pizza ni mcm nk buat donut kn..tq for sharing...nk try buat nnt..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi doh pizza x letak telur..

      Padam
  12. tak perlu bakar dulu ke doh tu azie ataupun bakar serentak dgn bhn2 yg lain di atas doh tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu. Boleh tengok di http://aziejaya.blogspot.com/2012/02/homemade-pizza-with-stuffed-crust-pizza.html

      Padam
  13. Akak sy nak tny, kenapa akak guna pisau ek untuk gaul?

    Sori, budak baru belajar bertanya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pasti kenapa, saya agak supaya tangan yang mengeluarkan haba tidak kena pada bahan bahan pada masa tu lah kot. Itu saya ikut cara dari video omputih.

      Padam
  14. Waw....hebat resepi ni
    Tq 4 shering

    BalasPadam
  15. Salam...sy nk tnya..bakar dlm suhu bape drjh celcius n bape lma yee...mntk maaf klau sy kacau sedari...

    BalasPadam
  16. Nk tnye klo olive oil tkr pd myak msk biasa bpeh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tp gunalah minyak mazola ke

      Padam
  17. Terima kasih kerana share resepi ini.saya dah try & menjadi. Kulit pizza tu rangup di luar dan lembut di dalam.tekstur still sama walaupun dah sejuk. - Aziah

    BalasPadam
  18. Tq so much kak...first time buat pizza...mevelles..memang sedap

    BalasPadam
  19. tq akak.sy dh.cuba.alhamdulillah jd

    BalasPadam
  20. terima kasih ... :D saya dah cubaa.... allahamdulliahhh sedapp :D

    BalasPadam
  21. Tq utk resepi ni.sy bt terus jd....suka..

    BalasPadam
  22. Tq utk resepi ni.sy bt terus jd....suka..

    BalasPadam
  23. dah try dan sangat-sangat puas hati.thanks :)

    BalasPadam
  24. x pakai mentega ke? liat melekat-lekat lah kt tgn..mmg x lucut la dari tgn...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buat tak melekat pun. Tengok gambar. Kan resepi tu ada olive oil.

      Padam
  25. Balasan

    1. Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

      Padam
    2. Kak azie...sy buat pon melekat2. Tolong sy. Tak tahu mana silap.

      Padam
    3. Kak azie...sy buat pon melekat2. Tolong sy. Tak tahu mana silap.

      Padam
  26. musti kena cuba nih!!! tq 4 sharing...

    BalasPadam
  27. 1 1/2 cawan tu berapa ml ye, auntie?

    BalasPadam
  28. kalau ikut resepi ni yg guna 4 cwn teppung jd berapa keping pizza

    BalasPadam
  29. terima kasih sbb sudi share resipi buat doh pizza ni..saya baru kene sound ngn hubby sbb tak pandai buat pizza..huhuhu..nk kena belaja bersungguh2 ni..

    BalasPadam
  30. Kalau x taruk olive oil 2 boleh x?

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum. Terima kasih pada azie yg sudi berkongsi resepi dough pizza nie. I mmg ske sgt mkn pizza. Sabtu kelmarin I trus mencuba n menjadi lak tu. mmg ramai yg ske. I lak mmg ske yg western2 nie. Nak cari resepi lagsana biscuit lak, azie ada ke?
    Terima kasih berbyk2 yea azie share resepi ngan kekwn semua.....

    BalasPadam
  32. assalamualaikum nama saya hasif saya ingin berkongsi rahsia bagaimana menjana pendapatan membuat bun,pau pizza style hotel
    hanya dirumah dan mempunyai pakej video step by step http://rahsiabun.ashadee.com/go/hazim1993/

    BalasPadam
  33. Tkasih Kak. Sy dah buat kemarin, memang menjadi, sy pki sos spaghetti je. Roti ok, lembut n gebu, cuma sy buat agak tebal, Sy buat 2, 1st ok, 2nd tlebih masak, keras smcm. Anyway, thanks for the recipe. So far sy follow resipi ini, semua tsgtlah ok. Terbaiklah kak. Thanks a lot.

    BalasPadam
  34. Apa beza guna tepung gandum ngan tepung high protein

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepung gandum tepung yang biasa ada di kedai runcit. Tepung high protein ada dijual di kedai bakeri. Tepung telah dicampur dengan bahan lain.

      Padam
    2. Klau tukar tepund gandum guna tepung high protein ikut smua smua sukatan ni boleh kan

      Padam
  35. Tengah try buat....harap-harap menjadi....

    BalasPadam
  36. Dah buat ptg smlm,alhamdullilah menjadi gebu dan lembut..terima kasih sbb sudi berkongsi resepi.. ;)

    BalasPadam
  37. Dough ni sangat bagus dan sedap . Senang nak buat :) Terima kasih :D

    BalasPadam
  38. Kalau x gna olive oil,guna minyak biasa,xblh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga. Gunalah minyak jagung ke atau minyak biasa pun boleh

      Padam
  39. k.azie saya pinjam resepi letak kat blog yer.. anak saya suka sgt pizza yang saya buat. resepi akk senang nak ikut. terima kasih..

    BalasPadam
  40. thanks for the resepi...mmg mnjadi. ..dh buat 2 kali. ..arini buat 3 pan habes lucin licau..

    http://azzahravitamin.com

    BalasPadam
  41. Salam, kak axis, says dah cuba resepi doh pizza ni. Sedap dan tetap lembut walaupun sejuk..first time buat, saya buat tray besar hehe 12 x 14 inci..merata saya agihkan..hehe, terima kasih kak...saya farah =)

    BalasPadam
  42. salam kak azie, semalam saya cuba resepi ni untuk suami, hasilnya sangat memuaskan hati. cuma olive oil tu saya tukar guna cooking oil biasa je sbb xde olive oil. pun begitu, suami sgt suka, excited dia tgk doh gebu lembut, dan mudah pula tu nak buat. terima kasih banyak kak atas perkongsian resepi. :)

    BalasPadam
  43. Alhamdulillah..saya dah cuba resepi pizza di atas. Ternyata ianya sungguh sedap. Doh lembut dan gebu!!!!

    Terima Kasih atas perkongsian resepi.

    BalasPadam
  44. Kalau ganti olive oil pakai minyak jagung boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Minyak apa pun boleh. Tapi lagi baik kalau guna vege oil.

      Padam
  45. lepas tuang air yis, nak tuang apa lagi tu ek?

    BalasPadam
  46. Saya pernah buat pizza ni...dohnya saya buat sperti doh pau..lembut dan gebu..
    Sosnya mnggunakan sos prago..
    Akak pakai chees ape yer??

    BalasPadam
  47. tima kasih kerna share resepi buat pizza...memandangkn saya mempunyai anak yg ramai kalo gi pizza memang banyak kuar duit..tapi dgn resepi yg ada saya dpt berjimat.anak2 pon suka.semoga tuhan memberkati kak azie...panjang umur n murah rezeki....

    BalasPadam
  48. Alhamdulillah..terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang hebat ini..semoga kak zie dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  49. Salam..minyak nyer kalao tukar ml brapa ye
    1/4 cawan tk banyak ke
    Trimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Maaf tak pasti. Saya ikut resepi jer.

      Padam
  50. Salam azie... dekat setahun saye try cari resepi buat doh yg lembut n gebu.. trnyate mmg resepi azie ni la yg terbgus... 1st time buat jer.. mmg lembut n gebu...

    BalasPadam
  51. salam kak..sy cuba pagi tadi..memang terbaik resepi akak ni..first time sy buat..sy ni jenis yg tak pandai langsung bab2 kek ngan roti ni..tapi tadi alhamdulillah,menjadi..suami sy pun tak percaya yg doh tu buat sendiri..hehe..dia kata akak ni tak kedekut ilmu..anyway..thanks alot...

    BalasPadam
  52. Salam kak nk tnye knp last sekali doh tu kn bhg kpd 2 bhgn? Kite kn gn 1 bhgn sahaje ke?
    Syazana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Utk dijadikan 2 biji pizza doh

      Padam
  53. Salam kak, nak tanye la nk bakar tu api atas bawah ke atau bawah sahaja? suhu berapa n berapa minit? sy nk cuba... :)

    BalasPadam
  54. salam.. kalau dah sejuk masih lembut lagi tak ?

    BalasPadam
  55. Thanks k.azie..sy dh try..memang jadi..semga k.azie sekeluarga dirahmati Allah..thanks 4 sharing😊

    BalasPadam
  56. best betul resepi kat sini.. tak sabar nk buat pizza esok

    BalasPadam
  57. Best sgt² resepi ni kak... Owsem.... Sy uli tepung byk td..sy wat 3 resepi.. Sume menjadi.. Roti tempayan cheese, roti goreng buh sosej, pizza... Fuuhhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh.. banyak nye.. best nye membaking nih.. minat ade... ngah usahe jadikan kenyatan..!

      Padam
  58. Thanks kaq.. Dh byk kli St wt doh ni utk donat ball sambal.. Lau sy nk try utk roti boleh X?

    BalasPadam
  59. Assalam azie..klu sy guna tepung high protein blh tak? Ada beza tak resepinya?

    BalasPadam
  60. Slm kak.sy dh byk mncuba resepi2 dr blog akak.alhamdulillah smuanya menjadi.ni nnt nk try wat pizza ikut rsepi nih pulok.tq for sharing kak.smoga akak n fmily murah rzeki n d rahmati Allah.

    BalasPadam
  61. Terima kasih, memang menjadi ...

    BalasPadam
  62. Kak azi leh x kta letak tpung yg dh siap buh topping 2 dlm peti ais....utk masak esok harinya

    BalasPadam
  63. Salam..kak. Minta izin copy resipi ^_^

    BalasPadam
  64. Salam kak, saya dah buat n memang best.. mohon share resepi eh.. tq

    BalasPadam
  65. Trme ksih Kak sy dh buat tadi..memang sedap la wlaupom sy guna minyak sayur Jew.

    BalasPadam
  66. hi..4 cawan tepung gandum kalo dlm gram brpa ya?

    BalasPadam
  67. K.azie, harus saya mencubanya since bahan3 mmg ade dlm fridge. Basil leave pun ade.

    Moga Allah membalas jasa k.azie yg sudi berkongsi resepi yg sedap2...

    BalasPadam
  68. Puan Azie...terima kasih...insyaallah cuti sek. nnti nk cuba buat...

    BalasPadam
  69. akakk
    sy mtk izin x copy ya nk try buat..
    tq banyak2 sbb share..
    doakan sentiasa murah rezeki hendakknya

    BalasPadam
  70. tq kak azie...menjadi betul...

    BalasPadam
  71. Sk tu byk mana ye? Sy kurang tahu 2sk yis tu byk mana.

    BalasPadam
  72. Alhamdullillah..menjadi dough tu gebu sangat...tq for the recipe yummy

    BalasPadam
  73. doh tak naik pun kenapa ek ?

    BalasPadam
  74. Salam kak azie... Dulu dah pernah buat pizza guna resepi ni.sdp..lembut..tq kak.ni sy tgh buat lg skali.hehe.

    BalasPadam
  75. Nk bakar pizza tu bape darjah and bape timer die

    BalasPadam
  76. alhamdulillah...resepi ni la saya buat utk jualan..mmg mudah dan lmbut dohnya..cuma olive oil gnti dgn mnyaasak biasa..alhamdulillah ttp ok..tq azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan semoga rezeki bertambah dan barakah.

      Padam
  77. Assalam Kk azie.. dulu sy dah try resepi ni mmg menjadi sgt2.. cuma skg nk buat skali lagi saya confuse.. Sbb tktau nk bakar pada suhu brapa. Tk silap saya dulu saya bakar sparuh dulu.. frozen dulu pun boleh,buat byk2.. huhu..boleh x Kk azie share nk bakar pd suhu brapa n brapa lama klau utk doh nk simpan.. n kalau dah letak topping Pula ats yg dah bakar sparuh tu brapa suhu n masa nya. T.kasih k azie ats perkongsian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Masak dalam suhu 250C selama 5 minit dan 220 C selama 1 - 2 jam.

      Padam
    2. Alhamdulillah..t.kasih krn sudi jwb Kk azie.. arini nk buat utk kami Org dtg takbir kt rumah. 😃

      Padam
  78. Nak try la.xyah letak bread shortening ke??

    BalasPadam
  79. terima kasih sis atas perkongsian resipi..

    bahan simple je,tp alhamdulillah pizza doh menjadik...semoga dipertambahkan rezeki lagi lps ni..

    faizah,srwk

    BalasPadam
  80. Salam k azie,lupa nk bgtau sy cbe wat pizza ptg smlm..alhmdulilah mnjadi tp tebal ckit.suami pji sdap dn lmbut tp byk lg sy kne baiki bab topping.jus nk bgtau resipi k azie mmg x penah mngecewakn sy.klu nk bkak rsipi sy msti cri k azie pnye sbb hsil nya mmg sdap trutama aym msak merah.trima ksih skli lg

    BalasPadam
  81. Resepi ni memang menjadi dan tak mengecewakan but lupa nak ambil gambar..
    Terima kasih Kak Azie

    BalasPadam
  82. As'salam kak azie. Sy minta prtolongan. Smlm sy cuba resepi ni..tapi x jadi. Doh sy melekat kat tgan wlaupun sy dh uli lama mcm melekit. Sy nk cuba resepi ni juga cz resepi kak azie trbaik...plz kak azie. X tahu mana silapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya punya pun melekit2.kawan saya kata tak cukup uli. K azie,selalunya uli mkn masa berapa lama?

      Padam
  83. assalamualaikum,resepi yang ni bakar berapa lame? pada suhu berapa? api atas bawah ke?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.