Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Let's Make A Perfect Hard Boiled Eggs For Breakfast

Aduhaii nak rebus telur pun kena belajar juga ke? Masuk jer lah dalam periuk, masuk air dan rebus lah. Apa yang susahnyer.  Hmmm itulah yang saya buat selama ini. Tapi dengan sedikit ilmu yang digali, kita boleh mendapatkan hasil yang berbeza. Alaa macam Ogy Dato Ahmad Daud yang selalu pesan kat peserta AF supaya gali gali gali ilmu tu. Macam tu la, kita kena gali ilmu memasak ni.

Hard boiled egg adalah salah satu makanan yang sesuai untuk sarapan terutama mereka yang berdiet. Boleh disediakan sebelah malamnya, simpan dalam peti sejuk.  Sesuai untuk mereka yang sibuk as a meal on the go...

Saya belajar dari internet, melihat video dan mencuba sendiri. Haaa macam mana nak buat tu? Nak rebus macam mana tu? Hahahaha OK lah cara nya begini:

Cara Merebus Telur 

Masukkan paras air dalam 1 - 2 inci lebih dari telur. Masukkan secubit garam.

Buka api dan masak sehingga air hampir mendidih. Sebaik air mendidih, terus perlahankan api dan biarkan ianya simmer selama 5-8 minit mengikut berapa masak telur yang kita sukai.

Angkat telur dan terus lalukan bawah air paip untuk menghentikan telur dari terus masak.

Hasilnya telur rebus menjadi sangat sedap dan lembab serta berkhasiat. 

Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk dimakan di waktu lain yang agak sibuk.  Rendam dalam air panas sekejap sebelum dimakan.


Cara mudah untuk mengupas telur ialah dengan memecahkan kulit telur dan direndam dalam air seketika.  Kupas telur di bawah air paip.  Pasti mudah mengupas kulitnya.


Kalau nakkan telur kuning berada cantik di tengah tengah telur putih adalah dengan cara selalu mengacau ngacau telur semasa direbus.  Tapi jangan dikacau kuat kuat pulak, takut nanti pecah pulak telur tu.

Selamat mencuba...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Let's Make A Perfect Hard Boiled Eggs For Breakfast"

  1. Salam.resepi sedap & mudah faham.smoga azie dirahmati n diberkati Allah ats ilmu yg diberikan

    BalasPadam