Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

4 Feb 2012

Nasi Ayam Istimewa Yang Sangat Sedap





Saya rasa nasi ayam di Gulam Mee sangat sedap tetapi hari demi hari sangat mahal. Bukan sahaja harga dinaikkan tetapi juga portion lagi mengecil. Kita tak banyak pilihan melainkan memasak nya sendiri bila berkesempatan. Anak bongsu saya, Aween pulak sangat menggemari nasi ayam. Dia boleh menghabiskan 2 bungkus sekali makan. Bila mendengar ura ura saya ingin memasak nasi ayam, dia siap berpesan supaya saya memasak awal pagi, jadi pukul 10 pagi dia dah boleh bersarapan dengan nasi ayam. hmmm gitu lah betapa dia menggemari nasi ayam.

Resepi ini menghasilkan nasi ayam yang sangat sedap, sangat istimewa. Keenakannya sehinggakan saya dan anak anak makan nasi ayam sebanyak 2 kali, sebagai brunch pukul 11.30 pagi dan pukul 2 petang makan lagi sekali. Alahaaai, nasinya yang wangi dan lembut, ayamnya yang lembut. Lebih lebih lagi, saya menggunakan ayam segar yang diproses sewaktu kita membelinya. Jadi dagingnya masih juicy.

UPDATE: lihat juga resepi nasi ayam lain yang telah saya cuba dan menghasilkan nasi ayam yang juga sedap dengan klik di SINI dan  di SINI. Jom lah kita layan resepi Nasi Ayam Istimewa yang telah saya ubahsuai sedikit sebanyak di bawah ini...



Nasi Ayam Istimewa
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair

Sedikit minyak bijan

Cara cara:
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.



Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.  






Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk

2 helai daun pandan
Pewarna kuning



Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. 





Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 








Untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka

1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam


Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)







Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.


Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)

Air rebusan ayam


Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 




Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran.  Selamat Menjamu Selera.






Enjoy ...


172 ulasan:

  1. Assalam Azie.. hampir sama macam cara saya menyediakan Nasi Ayam.. mmg sedap ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sheila, memang sedap kan.

      Padam
    2. Kak shila..cmne klu nk masak untuk kenduri? Budget 200org

      Padam
    3. Resepi nasi ayam ni mcm bahan2 nk buat nasi minyak la .. Kn ?

      Padam
  2. as salam kak azie, rempah sup tu rempah serbuk atau sup bunjut adabi ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna yang serbuk, lagi cepat mesra

      Padam
    2. Assalam
      Saya nak buat resepi ni utk berbuka puasa petang ni.
      Terima kasih atas perongsian..semoga Allah memberi pahala dan rezeki yg melimpah ruah

      Padam
  3. nmpk pon dh sdap...ni blom mkn lg...kna cuba ni..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dimasak sendiri pasti lebih sedap. Nasi ayam yang dibeli, kadang kadang isi ayamnya spt ayam rebus sahaja

      Padam
  4. as,kum azie...saya ikut resepi.alhamdulillah nasi ayam terbaik yg saya pernah masak tq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummi, nnt boleh cuba resepi yg lain pulak, kena rajin mencuba resepi resepi baru

      Padam
  5. nampak cam sdap jer...kena try wak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cuba dulu, baru tahu sedap atau tidak. Jom cuba

      Padam
  6. Salam:)

    Datang mencari resepi nasi ayam special!
    :)

    Salam kenal..dah follow sekali blog yang cantik ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi follow blog saya. Salam kenal untuk Pn Kartini juga

      Padam
  7. Cuba untuk masak nasik ayam resepi kak azie ni untuk anakanda.Gemar sangat dia makan nasi ayam.terima kasih sebab sudi share resepi..I follow..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang anak anak suka nasi ayam. Kalau dimasak sendiri, boleh dimakan menambah nambah dan berulang ulang

      Padam
  8. Salam azie ...
    Terima kasih sudi share resepi nasi ayam ...sya suka rujuk resepi d blog azie ...sbb azie bgi resepi dan sukatan yg betul ....

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  10. Resipi nasi ayam akak yang terbaik. Mak dan kawan saya pun dah cuba. Diorang pun kata best. Terima kasih Kak Azie.

    ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama. Terima kasih kr mencuba

      Padam
  11. salam kak azie, esok pagi kawan-kawan saya suruh saya masak nasi ayam dorong kempunan nak makan nasi ayam, jadi saya pun nak la belek-belek cari resepi nasi ayam yang terbaik.saya baca resipi ni macam menarik je pastu banyak pulak komen-komen positif, jadi ape lagi esok pagi la cari semua bahan-bahan nak buat resepi ni..thanks kak sebab kongsi resepi nasi ayam..dah cuba baru tahu sedap ke tak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, setakat ini feedback yg diterima semua positif. Goreng ayam secara touh n go jer, ya

      Padam
  12. As Salam Puan Azie. Terima kaseh atas resepi di atas. saya adalah antara ibu berkerjaya tapi tidak pandai memasak. Last week saya terjumpa blog puan dan mula mengikutinya & pada hari ahad yg lalu saya berjaya juga menghidangkan nasi ayam istimewa ini mengikut resepi puan. Alhamdulilah anak2 sgt suka n suami turut memuji. Ini membuatkan saya lebih bersemangat utk memasak dan ini juga azam tahun baru saya. Izinkan saya belajar dari resepi2 puan ya. Tqvm again!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Silakan. Saya sangat gembira jika ada yg belajar dan mencuba resepi yg saya kongsikan

      Padam
  13. Assalamualaikum...saya nak guna resepi ye! tp xtau la bila nak buatnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Silakan. Saya memang ingin berkongsi dg sesiapa yg membacanya

      Padam
  14. Asni wangsa maju14 Jan 2013 1:08:00 PTG

    Nampak sedap dan senang nak buat....petang ni nak buat , thk you sis azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, semoga segalanya lancar dan famili gembira dg hidangan yg disajikan

      Padam
  15. saya suka resepi kak azie..mudah sedappp n simple..jauh lebih best jika kita buat sendiri.terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wani, terima kasih kr mencuba dan memberi maklumbalasnya di sini

      Padam
  16. Hai nampak sedapnya nasi ayam ni.Siap dengan stepnya yang teratur sekali. Minggu ini nak cubalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap. Cubalah. Insya Allah, famili pasti suka

      Padam
  17. Salam perkenalan kak Azie..sy mmg penggemar nasi ayam..rasa nak cuba la resepi ni.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Miss. Salam kenal juga dari saya. Anak anak saya pun penggemar nasi ayam

      Padam
  18. sngat sedap dn blog yg unik..^_^

    BalasPadam
  19. Terima kasih. Masakan menjadi dan sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menyediakan sendiri hidangan nasi ayam

      Padam
  20. rempah sup kalau pakai sup bunjut boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga, mana mana yg disukai

      Padam
  21. Nmpak sedap ni.... Lom cba... Esok nk g beli ayam... Nak try all my hero di rmh ni penggemar nasi ayam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. LaRa, dah cuba baru tahu bagaimana kesedapannya. Hahaha selamat mencuba

      Padam
  22. Ini my favourite, let others kongsi resepi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, my favourite too. Hope fully others will also try out this delicious recipe

      Padam
  23. Ari nie nak masak nasi ayam ikut resepi akk...permintaan ank kesayangan...harap2 menjadi ye kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah pasti menjadi. Happy cooking

      Padam
  24. Saya dah masak guna resipi Kak Azie nih.. mmg terbaik n dapat pujian ramai.. hihihi.. tq kak! u r awesome!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah. Lepas ni boleh masak lagi.

      Padam
  25. resipi yg sangat2 mmbantu bg org2 yg kawen muda mcm sy.. pasni dah x takot lg klu suami nk mkn nasi ayam.. thanks kak azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah jika ianya dapat membantu dan memberi manafaat kpd semua pembaca blog Azie Kitchen

      Padam
  26. terliur saya tengok nasi ayam special kak azie nie..nxt week nak try masak resipi nie utk tunang..tunang suka mkn nasi ayam..thanks share resipi nie kak azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidangkan apa sahaja yang si dia sukai supaya dia sentiasa ingatkan kita walau di mana berada.

      Padam
  27. Salam Azie. Bla akak bca resepi azie adalah resepi yg ikhlas. Mudah2an resepi yg akan dtg pun resepinyg original. Semoga Allah merahmati Azie seklga diatas keikhlasan untuk berkongsi resepi. Amin.







    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Tak ada apa yg nak disorokkan kerana berkongsi ilmu yang bermanafaat, sangat besar ganjarannya. Lagi pulak, saya juga belajar dari kawan kawan lain juga

      Padam
  28. Salam...saya dah cuba resipi ni kak...mmg menjadi dan terbaek...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah dan terima kasih kr sudi mencuba

      Padam
  29. assalamualaikum kak....saya baru sudah try masak guna resepi akak.. :) sedap...cuma cili nak wat sos tu xlumat sikit sbb masalah beender..tp rasa best..terima kasih akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alhamdulillah. Cili tu kasar kasar sikit pun ok

      Padam
  30. sedap sangat2,,,, saya dh cuba,,,, thanks dear,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana mencuba. Nnt saya kongsikan satu lagi resepi nasi ayam Azie Kitchen yang meletop. Tuunngguuu

      Padam
  31. salam kak, sdapnya nampak! rasa dah tentu sedap. mesti cuba, harap jadik ^^

    BalasPadam
  32. Mekasih kak atas resepi akak share ni:)
    terubat rindu sy kat Malaysia:)


    Hairie

    BalasPadam
  33. Mohon copy yer kak

    BalasPadam
  34. mm cm sedaplah nsi ayam kakak ne. saya nk cuba untuk smbut ulang tahun anak ari ne. mohon copy ya kak....{*_^}

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan. Selamat hari ulang tahun utk anak ya

      Padam
  35. Sangat2 sedap nasi aym kak azie nih!! Boleh buka kdai.huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kegembiraan yg tidak terhingga bila resepi ini dicuba dan disukai oleh semua kawan kawan. Sesungguhnya kegembiraan sebagai isteri dan ibu apabila dpt menghidangkan makanan yg sedap pada suami dan anak anak

      Padam
  36. nampak sedapp ni kak.nk try masak la nnti.tq akk..resipi yg kak ni mang terbaikk!!..

    BalasPadam
  37. alhamdulillah. Sy duduk dkat republik czech, jd bahan x cukup sgt. Tp dah try td, menjadi !! Tq kongsi resepi nie !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su,
      Actually Rep Czech adalah antara tempat yg saya sangat ingin lawati kerana saya ingin sekali bershopping kristal di Prague sejak 20 tahun yg lalu. Tahun ini bila berpeluang pergi, hubby pulak tak mahu pergi. Frust sangat. Nnt add my facebook, teringin nak tengok gambar gambar di sana

      Padam
  38. oh yeke... akak klu nk dtg sini boleh je lah contact sy, mgkn sy boleh bw bw jalan2x sbb czech guna bahasa sendiri, agak susah sikit lah nak jalan klu x tau bahasa dia. tp ok je la. Kristal tue mmg byk cuma diri sendiri pun x pernah beli lagi. Hehe. Btw gambar2x sy x cantik sgt tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kalau saja saja nak ke sana, tidaklah kot. Baru ni plannya ke Germany juga

      Padam
  39. as salam.
    syukran ukhtie... kali pertama nasi ayam sy mnjadi dgn resepi saudari. mudah n hasilnya, Alhamdulillah.sedap sungguh
    jazakallahu khair

    BalasPadam
  40. As salam..syukur & terima kasih kerana share this recipe. Saya duduk di perantauan (Osaka, Japan) dan memang selalu bergantung pada resepi2 dari internet. Alhamdulillah first experience buat nasi ayam menjadi. Hubby & anak2 pun suka :). Thanks again!

    Saya ada mention blog ni dalam blog saya http://www.fromanalienseyes.blogspot.jp


    BalasPadam
    Balasan
    1. Telah beberapa kali cuba cari your blog tapi tak dapat. Ingat nak masuk tengok. Dalam google pun tak dapat juga

      Padam
    2. haah baru discover ada problem ni. Nnt saya cuba perbetulkan. kalau dah ok nnt saya comment semula. Thanks :)

      Padam
    3. Ya, alamat blog yg diberi ada kesilapan, terlebih huruf S

      Padam
    4. Maaf. Tak sure kenapa blog saya not searchable. Tp boleh search bila guna phone. Rupanya ada satu lagi blog dgn nama yg sama tapi kurang satu s. Nama blog yg saya beri sebenarnya betul. Maaf kerana kekeliruan berlaku.

      Padam
    5. As salam, mungkin kerana blog saya terlalu baru. http://www.fromanalienseyes.blogspot.jp
      Alhamdulillah, dah boleh search. Thanks & sorry for the trouble.

      Padam
  41. ismariza ismail11 Apr 2013 9:21:00 PG

    salam.sedap nasi ayam resepi akak saya dah cuba 2×.terima ksh byk2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isma,
      Trima kasih atas maklum balas

      Padam
  42. Salam.kak azie.thanx kongsi resepi..nk try nnt.sila2 la jengah blog saya yg x seberapa.lama juga tu tak update..heheh http://lollipophoney.blogspot.com

    BalasPadam
  43. saya da cuba nasik ayam akak ni..mmg sedap!...=)

    BalasPadam
  44. sedappnyaaa .. nk try laa kjap lgii :)

    BalasPadam
  45. Sy pun dh try recipe ni bt masa birthday hubby...sy masak 5 cwn beras...habis nasi tu hubby mkn...blk2 refill nasi..smpai tgh mlm nk tido pn masi tnya ada nasi ayam lg..dh tau die yg hbskn nasi,ditanya lg..haha..lma sda mncari recipe ayam mcm d kedai tp ni la recipe tbaik penah sy cuba..sblm ni semua recipe yg sy ikut x sedap & x ckup rasa...tq kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas maklum balas, blh dirujuk oleh pembaca lain juga. Lepas ni cuba pulak, nasi ayam Kak Laily yg tersohor tu

      Padam
  46. Salam kak, sdp sgt...tq

    BalasPadam
  47. Salam, last week I made this for lunch. mmg sedap sgt :D thanks for sharing kak

    BalasPadam
  48. Assalam kak, saya dah cuba tau resipi nasi ayam akak ni... First time wat sendiri nasi ayam, selalu tu mkn yang siap org masak je.. Memang best la kak, menjadi..suka sangat.. Mekasih banyok2 ye kak coz sudi ajar budak br belajar ni...

    BalasPadam
  49. Assalamualaikum sis Azie.
    I have tried your Nasi Ayam Recipe for lunch today, it is AWESOME!!!
    All of my kids love it so much!! :-)
    Thank you so much for sharing with us... :-)

    BalasPadam
  50. tgk sedap je..mohon share untuk hubby tersayang yang merajuk tu hee

    BalasPadam
  51. as salam...sy dh cuba resepi ni td..mmg sedap nasi ayam ni..hby mkn smpai 3 pinggan...dia kata leh bukak kedai nasi ayam ni...hehehe..pe2 pn tima kasih atas resepi ni..sy nk mntk share kt blog sy yer

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum kak azie, hr ni sy bru je try resepi nasi ayam ni. alhamdulillah menjadi.. kira sedap la utk sy yg first timer ni blajo buat nasi ayam.. Time kasih bebanyak utk perkongsian resepi ni ye...

    BalasPadam
  53. terbaik.....................

    BalasPadam
  54. terbaik...........
    HAZURA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, Hazura. Thanks for visiting my blog

      Padam
  55. Assalamualaikum kak azie...saya baru je mengetest resepi akak ni...maaflah...dah buat baru nak minta izin...hehehee...
    Memang TERBAIK la kak...suami sampai tambah 3 kali tuuu...sy 2 kali jer....anak2 pun suka...last sekali anak2 menghirup sup..yg si kecik tak hbs2 kata... "sedapnyaa" dgn slang pelatnya...
    Sy risau bab nak masak nasinya tu takut terlebih air jadi bubur..tp.alhamdulillah menjadi...

    Thanks kak...

    BalasPadam
  56. Salam Kak Azie, resipi ni memang sangat sedap and rasa macam makan kat kedai pulak :) saya belajar di australia, so memang mengidam masak masakan Malaysia ni. thanks for the recipe!

    Hariz

    BalasPadam
  57. salam..kak, akak pakai rempah sup serbuk jename ape ye? terima kasih byk2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni tak kisah sgt brand. Apa yg hubby beli, itu yg saya guna.

      Padam
  58. o..tp biasenye akk pakai yg mane? kalau bleh nk rase same mcm akak buat wlaupn agk mustahil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anis,
      Biasanya saya guna rempah Sup Serbuk Adabi

      Padam
  59. terliurnya...buat yg mencari serunding asli..bleh try yg ni,,sedap dan murah.. httpwww.serundingibunda.com

    BalasPadam
  60. Salam perkenalan Azie....MA selalu ikuti blog Azie nie, terlior tengok nasi ayam nie, nanti nak cb le....semalam MA buat Nasi Arab Hadramaut ikut resepi drp blog Azie...sedapp. Senang-senang nanti jemput le ke blog MA pulak, tapi blog MA tak le sehebat blog Azie.....MA baru je berjinak-jinak dalam dunia blog nie.....

    BalasPadam
  61. best..resepi yg sangat baik, lihat resepi pun dah nampak sedap..mekasih..jazakumullah....'

    BalasPadam
  62. Salam perkenalan kak .. mmt sdap sgt2 ... suka cara kak explain 1 persatu n bahan2 kak senang dicari .. thanks again kak ...

    BalasPadam
  63. Macam sedap je.. Nak try la balik keje kang..

    BalasPadam
  64. Teringin nak buat nasi ayam untuk suami..Maklumlah baru kahwin..Nak try buat jumaat ni.Mohon ambik resepi ni ye sis..tq sis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan lah. Selamat Pengantin Baru. Semoga menjadi isteri mithali

      Padam
  65. sama dengan resipi yg sy selalu buat..memang sedap betul...suami sy pun suka makan.

    BalasPadam
  66. I da cuba ayam nye mmg sedap... Thx for the recipe :))

    BalasPadam
  67. Kak nak tnya kalu nak beli buku recipe kak ada jual tak

    BalasPadam
  68. yummy!!!...wajib cuba, terliur pula bulan posa nie...hehe

    BalasPadam
  69. Yeahhhh...
    Finally jumpe jugak resepi yg lebih kurang same nk dicube.. esok nk buat open house.. wish me luck.. nnt i update blik utk result.. heheheh

    BalasPadam
  70. Oh.. makaseh sangat2... sayang sangat blog kak azie ni... mcm2 ada, senang ngan mudah... tak payah fiz cari jauh2.. syukur.... amin... resepi yg fiz cuba smuanya jadi.. sedap pulak tu.. makaseh ye kak azie.... nak masak ja... terus tekan bookmark...he3...

    BalasPadam
  71. Salam kak...klu ade like kt blog akk ni sy bg 100x liked taw...thanx a lot kak..Alhamdulillah mnjadi resepi ns aym yg sy hidangkn utk saudara mara sy yg brtndang d rmh sy hr ni...mreka sume puji sdappppp bangat..hihi...semua sdara mtk resepi dr sy kak...trmssuk mak sy sdri...hihi..nasi aym akk trbaekkkkk

    BalasPadam
  72. Assalamualaikum...akak! ur recipe is juz like my mother's....but little differentiation....i've tried n it's good.....yeay~~~ Well done!

    BalasPadam
  73. salam perkenalan buat puan azie saya hr ni cuba2 nak try resepi nasi ayam yg org punya biasa buat resepi sendiri je ikut rasa. saya harap pn. azie izin kan saya mencuba ya

    BalasPadam
  74. rebus ayam brapa lama ye kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rebun agak agak dah tak ada darah bila dicucuk di bahagian atas paha ayam tu

      Padam
  75. Asalamualaikum, Kak Azie saya dh try buat nsi ayam ni.. tp sos nya xjadi la..nsi, aym semua jd tp sos nye je xjadi..kurg ape pn xtau..hehehe..t.kasih byk2 k Azie kongsi resepi. nanti sya nk cuba buat lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba sos nasi Ayam Kak Laily Yang Tersohor. Saya syka sos yg guna air perahan asam limau kasturi.

      Padam
    2. Terima kasih sangat-sangat kak!
      Lebih kurang dengan resipi mak saya jugak hehehe.
      Alhamdulillah.

      Padam
  76. Assalam kak! Saya dah cuba resipi akak ni dan Alhamdulillah, menjadi. Terima kasih banyak-banyak hehehe.

    BalasPadam
  77. Asalammualaikum kak, sy dh masak nasi ayam td untuk suami dan keluarga saya, suami saya siap bagi markah pada saya 300%. Hari nie pertama kali saya buat nasi ayam, bertambah2 suami saya dan keluarga, alhamdulillah menjadi. Time kasih kak, moga Allah swt bg balasan yg terbaik tuk akak sbb sudi kongsi resepi.

    BalasPadam
  78. aswt kak...guna beras basmathi atau beras wangi utk nasi yek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, apa apa beras pun boleh.

      Padam
  79. Salam Kak Azie,
    Since saya dan suami menetap di UK mmg teringin sangat nak makan nasi ayam dan saya bernasib baik dapat jumpa resipi ni, tambahan pula saya baru je bergelar isteri. Now this is my only reference to a great nasi ayam. Tak kempunan dah di negera orang. Kawan kawan pun comment nampak sedap walaupun tengok dari gambar je. Thanks so much kak Azie :)

    BalasPadam
  80. Sedapnya nampak... Pinggan kak azie pun cantik. Ada seller di fb jual portmeirion, harga berpatutan. Boleh tengok page ni namanya Chic Living

    Www.facebook.com/BabyNue

    BalasPadam
  81. Assalamualaikum kak azie. Arini Siti plan nk buat nasi ayam. Disebabkan baru nk berjinak2 dgn dunia masakan, terpaksalah guna khidmat En Google...huhu. so terjumpa blog akak ni. Resipi ni nmpk mcm senang, so Siti nk try buat la...hihi. Tp Siti slalu ade masalah bile masak nasi cmni. Dia akan jd mentah. Sadis betul..Huhu. Siti nk minta nasihat kak azie & akak2 yg lain, klu Siti masak gune beras siam, sukatan air yg sesuai utk resipi akak ni mcm mne ye? Aritu dh try wat nasi tomato, sukatan air ikut beras tp still mentah juga skit2. Mohon pandangan dan perkongsian akak2 dlm masalah Siti ni ye....

    BalasPadam
  82. Salam kak azie,
    Hari ni saya sudah buat nasi ayam special ni. Sangat puas hati. Tanya husband suruh dia komen, dia cakap tak ada apa nak komen, sangat sedap. Terima kasih kerana perkongsian ini kak. Petang sikit nak cuba pizza resepi kak azie juga..

    BalasPadam
  83. salam akk Azie,
    Saya nie bru nk try bljr memasak nie.. biase msk yg simple2 jer,, bile nk dekat bln pose nie nk try jgk msk yg special cikit.. maklum la makanan kt bazar nnt sure mahal tahap nauzubillah...(Xsedap plak tue).. sy nk tnye beras tue kne goreng??(Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.) Kalau masak pakai rice cooker jer Xleh ker?? Kalau xpkai prwarne kuning boleh x?? sukatan air tuk nasi tue juz pkai air rebusn jer ke campur dgn air biase?? sukatan tue kne lebih cikit ker same mcm masak nasi biase?? Kalau akak Xkeberatan akak bole x Reply Kt email saya "Lynnafiz_87@yahoo.com".. coz nk tnggu kt sni sy Xtaw bile akk akn reply kn.. Time kasih akak sy ske gne resipi akak coz mudah tuk org yg bru nk bljr mask cm sy nie..Paling penting Detail skli gn gmbr..hehe.. dlu sy prnh try resipi akak 'masak bawal siakap 3rase'..mnjadi gak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, beras tu kacau dalam minyak tumisan tadi supaya bila masak nasi akan berderai. Tak letak pewarna pun tak apa. Lepas nasi digoreng, pindahkan ke dalam rice cooker. Masak lah spt biasa

      Padam
  84. Nampak sedap ni sis Azie..dok pikir nak masak ape tghari ni..blh try ni ;-)

    BalasPadam
  85. Trima ksih sbb kongsi resepi.. Mmg sedap.. Terlajak larisss.. Trima kasih..

    BalasPadam
  86. saya dh cuba banyak kali memang terlajak sedap. TQ sis :)

    BalasPadam
  87. Sedapnya..sy try buatlah :), tme ksh sb berkongsi resepi

    BalasPadam
  88. Rempah sup yg serbuktu biasanya azie letak byk maner ek. Nak try jgk ni. Kiter suker nasi ayam

    BalasPadam
  89. Sayangggg kak azie yg baek hati.. Mintak izin yer sifu nk g masak nasi ayam neh heheheeee

    BalasPadam
  90. Saya dan anak2 juga penggemar nasi ayam..sekarang ni kalau order sepinggan kat kedai, memang makan tak puas sebab nasi yang sedikit dan rasa yg kurang ummphh..Saya lebih gemar masak sendiri dan mencuba resepi2 yang pelbagai..harini saya nak cuba resepi kak azie ni..tengok gambar pun dah menaikkan selera:-)

    oh ye bagi anda yang sedang mencari supplement tambahan untuk kesihatan seisi keluarga bolehlah melawat blog saya ye.kunjungan anda sangat dialu2kan. www.vitamin4mama.blogspot.com

    BalasPadam
  91. Salam kak..saya dah cuba resipi ni buat utk juadah berbuka semalam..mmg sgt sedap..ayam pun lembut n juicy je..mmg best sgt...nasi pun elok berderai..thanks kak sebab share this marvelous resipi

    BalasPadam
  92. baru baca resepi dah kecur air liur. hehhe

    ok, insyaAllah saya nak buat untuk menu berbuka puasa hari ni

    BalasPadam
  93. Sy dah try...mmg mabeles...hehe😁

    BalasPadam
  94. Hmm dah try masak tak jadi..nasi je jadi.. yg lain asyik kena adjust je.. x tau lah kat mana salahnya😢😢😢

    BalasPadam
  95. Salam kak azie...sy dh try masak resepi nasi ayam ni...mmg meletop sedapnye...mkn bertambah2..hehehehe...terima kasih kak azie atas ilmu yg dikongsi...

    BalasPadam
  96. Wah sedapnya...mohon share ya :)

    BalasPadam
  97. salam... kak azie.. saya dah pakai 2 kali rasepi akak... memang best... tapi ayam saya lain sikit... saya rendam ayam dengan air garam campur liquid smoke semalaman (kadang2 terlebih lama hahaha) pastu keringkan then baru pakai rasepi akak perap ayam tu saya pakai untuk saya sapu kat ayam then baru bakar kat oven selama 2 jam temperature 80 Celsius...jam pertama setiap 5 -10 mnit saya sapu kicap tu... then ayam tu jadi umph SEDAP!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Wah best juga tu. Liquid smoke tu macam mana. Mana tahu boleh cuba juga

      Padam
  98. http://alkhalinewater.blogspot.my/

    BalasPadam
  99. Hari ni first time ubah cara masak nasi ayam ikut resepi azie. Harap dpt komen positif dr husband dan anak anak.

    BalasPadam
  100. Kali kedua saya masak nasi ayam ikut resepi Azie. Memang menjadi!!

    Sangat senang.

    BalasPadam
  101. 1st time buat nasi ayam dan guna resepi ni.. mmg syiok walu x sempat nak buat soso cili..licin semua hingga ada yg request buat lagi...

    Sbb selalu nonton pak gordon dgn abg jimi memasak,selalunya air perapan tu diorg masak jadi sauce maka lebihan air perapan saya reneh dgn ditambah sedikit air dan garam untuk seimbangkan rasa kemudian masukkan tepung jagung bagi pekat..bila hidang,buh sauce atas nasi..nyum2

    Sebgai org johor pula,yg suka pedas,buatlah sambal kicap.. yg pernah makan nasi ayam rengit,hampir 90%hampir sama rasanya.
    Sambal kicap: cili padi,bawang putih,gula.. kalau rajin tumbuk baru buh kicap manis kalau x berapa rajin campur dgn kicap dan blend..

    BalasPadam
  102. Memang suka ikut resepi azie... Sedap!

    BalasPadam
  103. Sedap...suami dan anak2 suka...dah 2 kali saya mencuba resepi ni...timekasih azie...sudi berkongsi...

    BalasPadam
  104. Untuk kali ke5.. resepi ni berjaya menggembirakan hati & perut tetamu2 saya. Terima kasih Puan Azie. Blog ni antara rujukan saya kalau nak makan makanan melayu. Nak beli tak ada, kena la buat. Thanks again.

    BalasPadam
  105. Sy mhn share ye k.azie..doakan sy mnjadi masak nasi AYM Kali ni..huhut.ksh k.azie..semoga Allah murah kan Rezeki akk.

    BalasPadam
  106. Memang terbaik resepi nasi ayam ini....saya dah buat memang terbaik...terima kasih kak...

    BalasPadam
  107. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian..rasanya dah 4 kalu buat ikut resepi ni je..setiap kali tu mendapat pujian suami..terima kasih sgt2.. amat2 menjadi..dan mendpt pujian..heee..rini buat nasi ayam ni untuk berbuka..moga ganjatan pahala mengalir pada azie

    BalasPadam
  108. Terbaik nasi ayam ni. Dh beberapa kali cuba

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.