Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kek Buah Buahan Campuran Kak Leen


Kek Buah Buahan Campuran Kak Leen

Resepi ini saya belajar dari kakak ipar saya, Norazleen di Ipoh semasa berhari raya di rumah mereka pada hari raya ketiga baru baru ini. 

Kebetulan semasa kami sampai, beliau sedang merebus buah buahan campuran untuk membuat Kek Buah Buahan. Apa lagi blogger masakan macam saya memang tak melepas peluang untuk bertanya resepi kerana saya memang mencari tested recipe untuk dicuba dan dikongsi pula bersama dengan pembaca blog Azie Kitchen. 


Kek Buah Bakar Azie Kitchen

Kakak ipar saya ni memang pandai memasak dan resepi yang digunakan biasanya sangat mudah. Antaranya ialah resepi Rendang Daging Perak berwarna hitam di
SINI yang selalu disediakan pada musim hari raya. Saya juga suka kek buah kukus yang disediakan sebelum ini, memang sedap kerana saya memang penggemar Kek Buah. Resepi ini adalah antara resepi yang selalu beliau gunakan dalam menyediakan kek buah terutama di hari raya.


Kek Buah Bakar Azie Kitchen

Kek Buah Bakar Azie Kitchen

Sedap dan moist kek buah ini dan buah buahnya juga terletak cantik selepas ianya direbus yang menjadikan buahnya lebih ringan. Aduh kek yang dipotong dalam gambar ni tak berapa kemas sebab yang mengambil gambarnya adalah anak saya Aween sewaktu saya sedang sibuk memasak untuk hidangan makan malam dan berbuka puasa. 

Tapi jangan pandang rupa jer kerana rasa nyer, aduhaai sedap tau... Nota: selepas 3 hari, saya ambil gambar baru. Jom kita tengok resepinya...


Kek Buah Bakar Azie Kitchen

Kek Buah Buahan Campuran 
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan
250 gram butter
500 gram mix fruit
1 cawan gula perang (boleh kurangkan)
1 cawan air sejuk
2 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla

Cara cara:
Rebus buah buahan campuran bersama air dan gula sehingga buah kembang. Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata dan biarkan seketika sehingga bahan bahan tadi sejuk.

Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan buah rebus tadi dan dikacau dengan senduk.

Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kacau rata. Tuang ke dalam loyang bulat saiz 8 inci yang telah disapu dengan butter.

Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Angkat dan disejukkan seketika di dalam loyang sebelum disejukkan sepenuhnya atas wire rack.

Kek Buah Bakar Azie KitchenKek Buah Bakar Azie Kitchen


Kek Buah Bakar Azie Kitchen

Nota:
Selepas beberapa hari, kek menjadi lagi moist dan lagi sedap. Gambar di atas adalah gambar yang diambil selepas 3 hari.

Boleh juga dikukus jika suka Kek Buah Kukus

"A keeper recipe" untuk Kek Buah versi bakar saya pada masa akan datang.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

42 ulasan for "Kek Buah Buahan Campuran Kak Leen"

  1. azie...minta kongsi resepi ni...lili dah cube memang sedap...kawan opis pun kate sedap..terima kasih...

    BalasPadam
  2. hi, salam.... nak tanya, time mana nk masukkan esen vanila?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esen biasanya dimasukkan sebelum dimasukkan tepung.

      Padam
  3. Salam...rajin la k.azie ni...tima kasih byk2. ..byk resepi yg saya x tau saya refer kat sini. ..Saya doakan semoga kak dipnjgkan umor, di murahkan rezeki, dan diberkati allah swt amiiiiiiiin

    BalasPadam
  4. Assalam ... Akk nk tnye buah tu direbus sehingga kering ke?

    BalasPadam
  5. kak azie..nk tnya kek ni tahan berapa lama pada suhu bilik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam kek lain jer. Lebih kurang seminggu.

      Padam
  6. Assalamualaikum... kak.. kalau kukus sama juga ngan resepi akak yg kukus tu.. 4-6 jam? ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kukus 1-2 jam dah masak. Dikukus lama sebab supaya tahan lama tapi pada saya, rasanya sama sahaja.

      Padam
  7. Assalamualaikum..kak leen..saya nk try resepi ni..tp nk tau bakar guna api atas bwh @ api bawah sahaja? Tq :)

    BalasPadam
  8. Air sejuk tu dlm peti sejuk ke

    BalasPadam
  9. Kak azie.....buah tu rebus dengan gula perang ke?- Ira-

    BalasPadam
  10. Sy dah cuba resepi akak....sdppppppp sgtt.. Sy ade modified sikit tambah cream of tartar and pes mix fruit cake..Suami sy mmg penggemar kek buah..

    BalasPadam
  11. Cawan tu cawan matrix ke cawan kopi/the dulu2 tu?

    BalasPadam
  12. K.Azie..sy byk follow resepi akak,karot kek, red velvet kek, kuih kaswi, seri muka, buah melaka..mmg menjadi dan sedap sgt..akak punya resepi terbaik..

    BalasPadam
  13. Salam...saya selalu follow resipi awak tp kek buah bakar sekali ini tak berapa menjadi. Saya tukar tepung gandum dgn tepung Hong Kong. Adakah disebabkan tepun tu kek saya tak menjadi?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Resepi menggunakan tepung gandum. Jadi bila ditukar, pasti lah hasilnya tak sama. Ikut sahaja resepi, Insya Allah menjadi

      Padam
  14. Salam Azie, Saya Sarina saya tinggal di Netherland tahun lepas saya buat kek nie recepie dari awak memang sedap, saya memang suka kek buah-buahan, suami dan keluarga sebelah suami org belanda...pun suka,terima kasih.

    BalasPadam
  15. Salam..nk tya,sblm rebus buah tu,kne basuh dlu x?ke trus rebus je ye?

    BalasPadam
  16. Assalam kak azie... jika resepi kek kak leen ni blh tak kalau di kukus? Dan jika kukus, kek tahan berapa lama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh juga dikukus. Saya tak pasti kerana kami cepat sahaja habis. Tapi kek jika disimpan dalam peti dan dibungkus boleh tahan berbulan lamanya

      Padam
    2. Tq kak azie... sy pnh buat bakar dr resepi ni...mmg sgt sedap... cuma nk resepi sama tp nk kukus pula...takut ada berbeza...Sbb sy tgk ada resepi kek kukus kak azie yg lain.

      Padam
  17. Salam kak azie. Brapa harga kek ni kalau dijual kak.?tq

    BalasPadam
  18. SLM.hai azie..sy br buat Kek buah nie..ikut step by step tp tekstur Kek cm x masak..agak2 npe ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Jangan angkat sebelum masak. Kena guna tester atau tooth pick utk check hingga tak melekit. Oven saya dg oven puan mungkin berbeza kepanasannya. Guna bake smp masak

      Padam
  19. Boleh guna cupcake untuk resepi in?

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sukatan cawan menggunakan cawan apa ya.

      Padam
  21. Air rebusan buah kena dibuang dulu ke sebelum letak butter

    BalasPadam
  22. Salam kak azie.. Sy dah cuba resepi ni mmg sedap moist jer cuma buah2 ni mcm berderai bila dipotong.. Knp ya kak azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tunggu lepas sehari at least, ia akan menjadi lebih moist. Berderai juga mungkin disebabkan terlebih bakar. Satu oven dg oven yang lain berbeza kepanasannya. bila masak sahaja kena cepat tutup oven

      Padam
  23. Salam kak azie.. Sy dah cuba resepi ni mmg sedap moist jer cuma buah2 ni mcm berderai bila dipotong.. Knp ya kak azie..

    BalasPadam
  24. bia buah betul2 sejuk ye baru letak telur?

    BalasPadam