Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

20 Sep 2012

Puding Karamel Yang Sangat Sedap




Saya menyediakan Puding Karamel di samping Puding Trifle di SINI sebagai pencuci mulut majlis merisik Nana. Saya memang suka sangat dengan rasa Puding Karamel ini yang mempunyai rasa lemak lemak manis dan air gulanya pula pahit pahit manis yang sangat berbeza dengan rasa Puding Karamel saya sebelum ini. Memang mudah sangat membuatnya. Tak perlu nak melihat resepi pun sebab mudah mengingatinya. Kalau dibeli, tentu harga yang dibayar boleh tahan juga. Jadi adalah lebih baik kita membuatnya sendiri di rumah. 

Untuk majlis Nana saya menyediakan Puding Karamel di dalam bekas dadih dan juga di dalam bekas kaca Pyrex. Saya memang sangat berpuashati dengan resepi ini dan ianya akan terus digunakan dalam penyediaan Puding Karamel di rumah saya. Malahan ramai tetamu yang memuji keenakannya. Kalau nak tengok resepi dan juga Puding Karamel yang saya sediakan sebelum ini, boleh klik di SINI.

Jom kita layan gambar gambar Puding Karamel saya hari ini......




10 ulasan:

  1. Balasan
    1. Mamasyaza, Saya pun baru dpt resepi karamel yg sedap ini

      Padam
  2. lama tak singgah.. :) sedapnyeee sejuk2..Nana dah nak bertunang ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. CW, Alhamdulillah gitulah perancangannya

      Padam
    2. suka sangat puding karemel...
      sedapnya tengokkk...

      Padam
    3. Mas, mmg sedap. Rasanya lemak manis dg air gula yang pahit pahit manis. Hmm sedap

      Padam
  3. As salam...azie...Kak ramlah ni...nak Tanya...yg u tulis kat resepi karamel u ni...telur di buang mat a -....a pa maksud nya...maaf ya ..this is my first time but karamel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Buang mata yg berketul putih pekat tu utk mengelakkan hanyir. Tal buang pun tak apa

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.