Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Butter Chicken Yang Sangat Sedap


Butter Chicken Yang Sangat Sedap

Hari sabtu yang lepas, anak anak saya memasak dan menyediakan lauk pauk sendiri untuk makan malam kerana kami menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak sulung sahabat baik kami, Encik Rahim dan Puan Ismati di Marriot Hotel, Putra Jaya. 

Majlis tersebut berlangsung dengan dengan cukup grand, elegan dan cukup mewah. Kali pertama rasanya saya menghadiri majlis kawin yang menghidangkan semua jenis lauk pauk dari ayam, daging, kambing, ikan, udang, sayur serta acar. Belum dikira lagi Soto Ayam Madura sebagai hidangan pembuka selera dan Puding Coklat dengan Koktel Buah buahan sebagai hidangan pencuci mulut. 


Memang mewah sangat sangat sehinggakan kami tak tahu mana satu yang hendak dimakan dahulu kerana semuanya sedap sedap. Pakaian dan make up Ismati dan anak anaknya membuatkan saya terkenang kenang sehingga ke saat saya menulis entri ini. Apa apa pun tahniah kerana segalanya telah berjalan dengan lancar dan akhirnya menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga yang menjadi idola kami selama ini.

Berbalik kepada Chicken Butter, menurut Nana, mereka juga menyediakan Sotong Butter tetapi telah habis sebelum sempat diambil gambar. Seronok melihat mereka makan berulang ulang. Memang masak butter ini cukup sedap, tak kiralah udang ke, ketam ke, sotong atau ayam. Pendek kata semuanya sedap lah. Jom kita tengok resepi yang mereka gunakan seperti di bawah...

Butter Chicken Yang Sangat Sedap

Ayam Masak Butter

Bahan bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sudu besar mentega
1 sudu besar cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
Beberapa keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sudu kecil garam
1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk kari
1 sudu besar tepung gandum
1 telur

Cara cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

Butter Chicken Yang Sangat Sedap


98 ulasan for "Butter Chicken Yang Sangat Sedap"

  1. wah..cam ayam percik plak rupanya..hehe;)
    mestii yummy ni

    BalasPadam
  2. sedapnya... sy pun suka yg butter2 ni..

    Kak Azie, tak ada ke gambar di majlis Pn Ismati tu???

    Jemput singgah blog sy, ada menu istimewa dari dapur Kak Azie, terima kasih byk ya..
    http://sariyusa.blogspot.com/2013/01/gulai-kawah-daging-kambing.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak ada mengambil gambar masa wedding tu. terima kasih kerana sudi mencuba resepi gulai kawah. Resepinya ada diletakkan di entri gulai kawah, kalau tak silap lah

      Padam
  3. salam singgah.follow sini :)
    masha Allah..sedapnya..kecur liur tengok..

    BalasPadam
  4. As salam kaka azie,
    Moga kak azie sklrga ddlm lindungan Allah..ameen
    I should try..
    silent reader

    BalasPadam
  5. boleh dicuba ni..hehe..tang butter tu nsmpsk best je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain dimakan dengan nasi putih, ratah begitu sahaja pun sedap

      Padam
  6. Salam kak azie. Saya nk tanya kak azie tepung apakah yg d guna utk bahan perap tersebut? Thanx kak azie....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna tepung gandum jer. Nnt i update resepi di atas

      Padam
  7. kak azie..bila nk tuang susu tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, silap taip tu. lepas tumis cili dan daun kari, tuang susu dan masak hingga mendidih. Nanti saya edit resepi di atas

      Padam
  8. salam kak azie...
    semoga kak azie dan keluarga didalam lindungan Allah selalu...
    terima kasih kerana berkongsi bermacam-macam resepi yang sedap.
    saya mencuba resepi kak azie..dan hasilnya memang sangat sedap..terima kasih banyak ye.Semoga kak Azie terus bahagia dan sihat untuk sama-sama berkongsi resepi lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih puan. Sama sama lah smoga kita di dalam lindungan Allah sepanjang masa

      Padam
  9. salam.. susu cair tu guna masa bila? xde dlam cara2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam. Nanti saya perbetulkan. Selepas cili dan daun kari. Masukkan susu cair

      Padam
  10. Saya mencari resepi ini...tq.

    BalasPadam
  11. salam kak azie..
    ini pun favourite saya kalau sy masak..
    in fact yg ini ala2 chinese dish, nama dish ni Mongolian chicken :)

    BalasPadam
  12. Salam. baru jer lepas buat based on your recipe. Jadi siutt!!! thnx. next nak try Chili Crab ala ala Fatty Crab tu. ada resepi tak?

    BalasPadam
  13. Bestlah tgk resipi2 kak azie. Nak cuba lah chicken butter and chic pie nanti. Thank u for sharing. Btw, uncle rahim and aunty ismati my neighbour..

    BalasPadam
  14. Hi..awak pakai cheese apa ek? Cheddar cheese ke?

    BalasPadam
  15. Kak azie..masak ayam dalam non stick pan tu mcm tu aje ke? tak payah letak minyak?

    BalasPadam
  16. tq atas perkongsian resepi azie, kak dr labuan ni pun best jerr ikot resepi azie semuanya menjadi..hubbypun dah suka sgt tgk kak masak2 mcm dulu2...heheheh thanks azie!

    BalasPadam
  17. Salam..Nak tanya pakai cheese apa untuk resepi ni?

    BalasPadam
  18. I pakai chesdale. Mmg sedap. Masak ayam ni mmg sentiasa akan dapat pujian. Thanks kak azie! :)

    BalasPadam
  19. Salam Kak Azie,
    Saya dah try resepi ni. Memang sedap dan menjadi kegemaran suami dan anak-anak.
    Terima kasih kerana berkongsi resepi...

    BalasPadam
  20. Sgat sedap...sy dah try.thanks sis.takyah nak cr butter chicken kat kedai lg.hihihi

    BalasPadam
  21. Kak, agak2 nk letak cheese brp keping ea sesuai

    BalasPadam
  22. Salam kak, sy dah buat dan sedaaaaaap sgt.sedap sgt2 mcm mkn kt kedai. Sy agak2 bahan ikot kesesuaian n adjust ikut tekak so rs mcm kt kedai & lg best.

    So far blog akak antara blog favourite sy sbg sumber rujukan bl nak masak. Memandangkan sy br blajar2 masak, tp kebanyakan resipi akak menjadi.

    thanks a lot kak azie, smoga dilimpahi pahala kerana sudi berkongsi ilmu. Dan setiap kali orang masak lg resipi tu inshaa allah pahala utk akak.

    BalasPadam
  23. Kalo x letak cheese lari x rasa dia?otw nk wat nih.....terbaekkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi sedap with cheese

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  24. saya ada try buat haritu, it was very good! today nak buat lagi! thanks for the recipe :)

    reen

    BalasPadam
  25. My blog inpiration.. dlu xpandai masak dah jd pandai masak... mula2 try masak untuk family.. now kwan2 dah minta tolong masak... Thanks kak azie..

    BalasPadam
  26. my mum.x mkn susu la....blh gnti dgn air je x....klu letak susu nnt dia x mkn pula

    BalasPadam
  27. Kak azie, minta share recipe ye :)

    BalasPadam
  28. sy student oversea . dlm byk2 blog resepi .blog akk yg plg sy suka.masakan y senang n sedap.terubat hati nk mkn mknn malaysia.thanks a lot ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Sgt gembira komen adik atau mungkin berpangkat anak pada saya. Semoga kembali dg kejayaan di genggaman

      Padam
  29. Azie kitchen resipi memang terbaik,simple dan sedap😆senang dan ringkas utk nak belajar memasak,tq

    BalasPadam
  30. assalamualaikum akak azie.. nampak sedap sangat.. IN SHAA ALLAH nak ciba kejap lagi.. nak tanya.. kalau tak letak daun kari boleh tak..?? rasa dia akan berubah tak..??

    BalasPadam
  31. hi kak... boleh saya tahu, nak pakai cheese ape? Mel

    BalasPadam
  32. Salam Kak Azie, entah cemana terstumble pulak ke post ayam butter yang sedap ni. Nampak macam simple, so nak try la untuk buka puasa nanti..

    BalasPadam
  33. Salam kak azie..saya dah cuba iftar semlm..memang sedap..anak2 suka / nora

    BalasPadam
  34. Semalam I cuba resipi Ayam Sambal. Itu bukan ayam sambal dah. Dah memang Ayam Sambal Pedas. Menjadi siottt..

    Harini nak try butter plak. Tapi tak tahu nak masukkan minyak ke tak sebab istilah yang digunakan , "masak", bukan goreng...

    Mohon pencerahan.. Thank you.

    Andrew, Italy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak tanpa minyak. Tapi kalau mahu diletakkan sedikit minyak juga boleh.

      Padam
  35. Sangat sedap k.azie..suka try resepi akak..simplee tp da bomb..muah.

    BalasPadam
  36. Saya dah cuba jugak. Marvellous!!

    BalasPadam
  37. alhamdulillah, saya dah cuba butter chicken dgn resepi ni, cuma tak letak cheese sbb takde kat rmh bahan tu, mmg sedap n saya agak kalau letak cheeese lagi sedap kot..:)

    BalasPadam
  38. Menu apa yg sesuai dgn ayam butter ni ? Mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pair kan dgn sup sayur & nasi putih je..simple & sedap.

      Padam
  39. assalamualaikum puan, terjumpa recipe butter chicken ni. Alhamdulillah sedap resipi ni saya buat tadi. Cuma out of cheese so saya masukkan tepung jagung sikit untuk pekat. Terima kasih kongsi resipi, dapat pahala share knowledge :)

    BalasPadam
  40. Sy masak lauk butter chicken ni semalam, mmg first time buat. Alhamdulillah sedap sgt kak. Ayah makan berselera, seronok sy tgk. Tp xblh buat selalu sbb butter & cheese tu berlemak, so jd lauk 2x sebulan je la..hehe. Sy letak 3 keping cheese.

    Terima kasih kak sbb kongsi resepi ni. Byk jgk resepi2 akak yg sy dh cuba & menjadi. Alhamdulillah selera kita sama :)

    BalasPadam
  41. Assalam sis... nk tnya susu cair n cheese tu sis pkai brand ape . Sy nk try buat..hehe

    BalasPadam
  42. Susu cair ape? Carnation tin or susu hL kotak?

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum. Sy byk mencuba resipi dr blog cik puan. Alhamdulillah smuanya simple tapi rasanya sgt sedap. Blh sy tahu dlm resipi di atas kalau x guna telur blh x? Blh ganti dgn bahan lain atau x guna langsung? T. Kasih :)

    BalasPadam
  44. Asalam kak azie, kalau perap ayam pakai tepung ayam. rasa2 lari tak rasa butter chicken

    BalasPadam
  45. Salam kak jie pakai cheese apa ek? Kalau cheese burger tu blh k? - duda anak 9

    BalasPadam
  46. Dah cuba sedap sgt, anak anak suka. Tq for the receipe.

    BalasPadam
  47. Saya dh cuba tadi.. tp sy guna susu lembu (dutch lady purefresh) sbb x ada susu tin cair. sedap! tp xboleh bertambah..cepat muak. something wrong ke?

    BalasPadam
  48. Hi Kak Azie, i nak tanya steps bahan perap tu. Campur semua atau ada steps macam kena letak telur baru letak tepung jagung etc? Thank you!

    BalasPadam
  49. Tq for the recipe kak azie.. harini nk try bt utk lauk berbuka pose.. 😍

    BalasPadam
  50. Saya pon dh bt.. alhamdulillah mnjdi. Cuma guna susu kn.. muak.. mkn skit je.. kalau mkn ngn pasta ok kot. Huhu

    BalasPadam
  51. Assalamualaikum kak azie. Klau tak gne pelepah daun kari tu takpe ke? N bole tak gne cheese mozarella? Pstu bhn perap tu klau tak ltak telur xpe ke? Hehe sorry byk tnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sahaja. Letsk telur untuk supaya ianya lekat

      Padam
  52. So good! semoga Kak Azie sekeluarga dilimpahkan pahala yg berganda dgb perkongsian ini.

    BalasPadam
  53. Salam.. Akk.. Sy selalu masak resepi nih .. Even sebulan sekali.. Memg makan xsampai 10minit licin.. Kadang makan dengan roti je pon licin... Btw thanks untuk resepi simple nih..

    BalasPadam
  54. sy bru je try msak butter chicken ni td dan bru je lepas mkn. tak sangka ia mnjadi.sedapnye... husband sy siap ckp sedpnye kuahnye, rse mcm cheese je. walaupun sy xletak cheese pun dlm msakan sy td. thanks kak sudi share resepi ini. nnti blik kampung nk buat utk family besar sy plk. nyummm nyummmm

    BalasPadam
  55. alhamdulillah.. saya dh cuba.. seriously sgt sedap smpi anak2 mkn smpi licin.. kuah pun x tinggal.. soh msk lagi katanye.. t.kasih krn share recipe yg marvellous ni..

    BalasPadam
  56. masak ayam smpai kuning tu mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hingga keperangan atau kuning keemasan

      Padam
  57. Hi kak... sy dah cuba resepi,ni di,malaysia. Mmg sedap! Tapi sy dah berpindah ke USA. Kalau tiada knorr oo,jg ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna apa apa chicken stock atau kalau tak ada, tak letak pun ok

      Padam
  58. Salam...kak azie..sy dh cb buat..sedappo sangat. Tq kak azie ats prkongsian. Byk mmbantu sy msak esp selepas kahwin..alhamdulillah

    BalasPadam
  59. dh try. tak susah dn bole celen kedai makan nye hehe

    BalasPadam
  60. Sedap... Sy dah try byk kali... Ank2 pon suka...

    BalasPadam
  61. kena try nih... slalu buat butter prawn jer... anak-anak suka!!!

    BalasPadam
  62. apa pendapat puan,kalau sy tak letak cheese?

    BalasPadam
  63. Salam kak azie. Boleh ke gantikan cheese tu dengan mozarela? Rasa dia jadi lain tak nanti?

    BalasPadam
  64. Hari ini saya cuba menu ini.

    BalasPadam
  65. Salam kak azie. .Rara baru try malam td.. Alhamdulillah sgt menjadi. .Tq sgt2 kpd kak azie yg bnyk bantu.. Mmg resepi kak azie semua best, mudah n sedap! Husband pon puji!
    Tqqq

    BalasPadam
  66. Assalamualaikum puan.Terimakasih utk resepi.sedap dan mudah

    BalasPadam