Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

23 Jul 2013

Rendang Daging Perak Buat Hidangan Pagi Raya






Entri ini mungkin entri terakhir saya di bulan Ramadhan ini. Saya akan berpergian dan Insya Allah jika dipanjangkan umur, kita akan bersua lagi selepas Hari Raya Aidil Fitri. Jadi saya mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan semua, andai ada terdapat tulisan atau komen saya yang mungkin menyinggung perasaan sesiapa yang membacanya. Kadang kadang bila kita menulis dari hati, secara tidak sengaja telah melangkaui had dan ruang diri sendiri kerana kita tidak hidup di muka bumi ini berseorangan diri. Maafkanlah segala keterlanjuran dan tidak sensitifnya saya. Saya juga menghulurkan kemaafan pada semua, walapun saya tahu anda semua tidak pernah berbuat apa apa kesalahan kepada saya.




Berbalik pada resepi rendang Perak yang saya pelajari dari kakak ipar saya, Norazleen, ianya memang antara masakan daging yang sangat saya gemari. Beliau selalu membuat rendang ini untuk dibawa balik ke kampung mertua setiap kali hari raya untuk dimakan dengan lemang atau nasi impit. Saya pernah memasaknya dulu tapi sebab tak menyalin resepi, akhirnya lupa apabila lama tak membuatnya.

Bila berkunjung ke rumah mereka pada hari raya ketiga tahun lepas, saya terus menanyakan resepi dan menyalinnya ke dalam ipad supaya tidak lagi lupa dan boleh dijadikan rujukan oleh anak anak di masa hadapan. Saya suka rendang ini kerana bahan bahan yang digunakan sangat ringkas tapi rasanya sedap. Bukan apa, kadang kadang rendang yang dimasak dengan pelbagai bahan dan berbagai cara masakan tapi hasilnya lebih kurang sama sahaja kesedapannya. Saya sukakan sesuatu yang mudah dan ringkas tetapi sedap kerana masa untuk memasak bukan lah selalu ada. Terpaksa mencuri curi masa yang ada untuk memasak.

Rendang ini saya sediakan sebagai hidangan pagi raya suami dan anak anak yang tercinta. Sekurang kurangnya mereka masih merasa air tangan saya sebagai juadah sarapan di pagi Hari Raya mereka walaupun saya tidak dapat bersama mereka. Selamat Hari Raya buat suami dan anak anak yang sangat saya cintai serta buat semua kawan kawan...

Jom layan resepi dulu...




Rendang Daging Perak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging - potong kecil
1/2 kg santan pekat
1/2 kg bawang merah - kisar
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
Kicap pekat
Sedikit gula
1 - 2 asam keping
Garam, jika perlu

Cara cara:

Rebus daging dengan santan sampai empuk. Tos dan goreng daging seketika. 






Angkat daging dan menggunakan kuali yang sama, tumis pula bawang merah dan cili kisar hingga garing. 







Masukkan daging yang digoreng dan lebihan santan serta kicap pekat. Masuk sedikit gula, asam keping dan sedikit garam, jika belum masin. Masak sehingga agak pekat. 







Angkat dan hidangkan dengan lemang atau nasi impit atau hanya nasi putih. 






15 ulasan:

  1. Sungguh menyelerakan resepi ini. Ingat nak try raya nanti..

    BalasPadam
  2. terimakasih kak azie... sy nak try jugak rayanie... akak nak g mana?.. apapun sy doakan kak azie sekeluarga sentiasa dilindungi rahmat dari Allahs.w.t

    BalasPadam
  3. kak....
    mengeliuurrkan tengok daging tu...
    rasa nak cari pulut jerkk tau ^_^

    BalasPadam
  4. Salam Azie, kalau tambah bawang goreng, lagi menambah rasa.

    BalasPadam
  5. As salam azie,

    Tengok je dah sedapp! terharulah pulak bila azie cakap mungkin ini entri terakhir.. azie nak mengerjakan umrah ke? Apapun su doakan segala urusan azie dipermudahkan dan diberkati Allah aminn. Walaupun su hanya silent reader namun im gonna miss you and your writing. Take care.

    Love
    suhaila

    BalasPadam
  6. Salam kak azie,
    Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. saya hanya silent reader kak azie je.semalam baru mencuba resepi daging sekilo bawang sekilo alhamdulillah suami dan anak sgt suka.saya doakan agar kak azie sekeluarga selamat dan senantiasa dipermudahkan Allah SWT atas segala urusan walau di mana sahaja kak azie berada. again, terima kasih daun keladi. :-)

    BalasPadam
  7. Salam Ramadhan al mubarak. Resepi ni menarik n nampak sedap cuma nk tnya 3 sekawan tu (bunga lwg,kayu manis, pelaga) memg tak bubuh ke? Tq

    BalasPadam
  8. waaaa sedapnya kalau dapat makan rendang ni dengan ketupat nyam3~
    salam ramadhan dan selamat hari raya :)

    BalasPadam
  9. Selamat hari raya kak...maaf i pinta sekiranya dalam berblog terkasar bahasa...apapun saya suka dengan resepi ini nanti boleh lah saya cuba pulak.

    BalasPadam
  10. salam
    kak azie ... minta izin amik recipe rendang daging dan ayam. nak buat frozen jugak mcm kak azie wat... :) thank you-syila
    Selamat menyambut raya

    BalasPadam
  11. waaahhh.. thanks for the recipe..
    Nampak sedap. Kecur air liur..
    Selamat Hari Raya kepada Azie Kitchen :)

    BalasPadam
  12. Saya dah cuba...sedap.Hubby & the kids love it.
    Selamat Hari Raya...Tq for the recipe.

    BalasPadam
  13. Nyum nyum..simpel btl resepinya..xpyh.serai,lengkuas bagai...tq resepi

    BalasPadam
  14. Sedap rendang ni rasanya sama seperti rendang malbari perak cuma cara penyediaannya saja berbeza.. kalau rendang malbari daging yg tlh di hiris nipis atau dipotong kiub di perap dgn kicap pekat manis selama 1 - 2 jam kemudian goreng hingga minyak menjadi jernih....

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah saye dh cube 2x raye...suami suke sagt tp saye tmbah serai n daun limau mmg rase cm rendang yg jual kt kedai..terbaik resipi nye mudah

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.