Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Percik Kelantan Disediakan Nana



Ayam Percik Kelantan Disediakan Nana

Nana menyediakan Ayam Percik ini untuk dimakan sebagai lauk Nasi Kerabu di SINI. Saya pun tak menyangka jugak dia mahu menyediakan ayam percik. Maklumlah proses menyediakan ayam percik ni, memang remeh sikit. Bila tiba di rumah dari Tropicana Medical Centre, saya masuk ke dapur untuk menolong kerana melihatkan ianya belum siap. Lagi pulak Nana perlu tidur seketika sebagai persediaan untuk bekerja di sebelah malamnya. 



Ayam Percik Kelantan Disediakan Nana

Sebelum kita melihat resepi, terlebih dahulu saya ingin berkongsi betapa sedihnya membaca komen yang marah marah bila saya memberitahu yang saya tidak dapat menerima tempahan beliau kerana tidak menpunyai kelapangan masa. Matlamat utama blog saya ini hanyalah untuk berkongsi resepi demi rujukan anak anak di masa depan dan juga pembaca pembaca blog saya. Ianya bukan blog untuk promosi perniagaan atau mengambil tempahan. 

Saya memang ada mengambil tempahan tetapi tempahan hanya diambil secara suka suka sahaja bergantung kepada kelapangan masa saya. Itu pun untuk tempahan mudah seperti kek, cupcake dan cake in jar atau yang seumpamanya sahaja. Saya adalah seorang wanita berkerjaya yang bekerja di pejabat dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari. Saya keluar rumah seawal jam 6.20 pagi dan tiba di rumah pukul 6.00 petang. Jika ada yang mahu membuat tempahan yang tidak bersesuaian dengan masa, saya akan recommend sahabat sahabat saya yang memang mengambil tempahan secara sepenuh masa. Ada kalanya, saya sendiri juga menempah dari kawan kawan. Tak jadi masalah, jadi janganlah marah marah dan menulis sesuatu yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Marah adalah percikan dari api neraka, jadi kita jangan marah marah, OK?

Jom kita tengok resepi ayam percik di bawah ini...


Ayam Percik Kelantan Disediakan Nana

Ayam Percik Dr Nana

Bahan bahan:
1ekor ayam - potong ikut suka
1 kotak santan kotak - campur sedikit air
Garam secukupnya

Gula - guna dalam 2 sb kena ada rasa sikit manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2-3 hirisan serai - boleh juga dititik
3 - 4 tangkai cili kering

Cara cara:
Ayam dilumur dengan garam yang ditumbuk bersama sedikit bawang putih dan halia. Perap seketika dan dikukus. Angkat dan bolehlah dibakar di dalam pemanggang ajaib.  



Kisar semua bahan kisar bersama sedikit santan pekat. Masakkan bahan kisar bersama santan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masukkan gula, garam dan air asam jawa/asam keping. Masak sehingga kuah pekat. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Bila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah merata rata dan bakar lagi seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah.



Ayam Percik Kelantan Disediakan Nana

Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Ayam Percik Kelantan Disediakan Nana"

  1. Salam Kak Azie, erm sedapnya ayam percik....kalau balik umah kg hubby, mertua selalu buat yang ini, panggang pun guna pemanggang ajab jugak.

    BalasPadam
  2. Azie, your daughter's ayam percik looks so good! It is so convenient to use the HCP pan. I was thinking of buying but I have too many gadgets that are collecting dust!

    BalasPadam
  3. Awwww.. Xtahan tgok resepi ni. Ayu n suami selalu follow blog akak utk resepi2 best.

    BalasPadam