Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tempoyak Sedap


Sambal Tempoyak Sedap

Sejak zaman zaman remaja, saya suka menyimpan resepi masakan yang saya makan dan sedap pada selera. Ianya akan ditulis dan disimpan dalam buku resepi. Saya memang selamba jer mengorek resepi. Walaupun ada resepi yang tak pernah dicuba, tapi hati gembira bila menpunyai resepi makanan tertentu. Hari ni nak share sedikit berkenaan Sambal Tempoyak yang sangat sedap di Restoran SZ Rahmah Jalan Maran Temerloh. Kali pertama ke sini, saya memang dah sangat sangat suka dengan sambal ni. Jadi kali kedua ke sini, saya memang dah berazam untuk merisik cara menyediakannya. Impian menjadi nyata apabila mak cik yang datang mengira bil sudi berkongsikan cara cara menyediakannya. Lagi pulak, pelanggan belum ramai kerana masa kami sampai dalam pukul 12.00, macam baru siap. Adalah masa untuk dia melayan saya. Saya siap ikut ke dapur untuk melihat tempoyak dan cili padi kampung yang digunakan. Saya tunjukkan sekali entri berkenaan restoran ini dalam blog Azie Kitchen. Salah seorang adik di situ memberitahu yang dia follow blog saya.




Berbalik pada Sambal Tempoyak, rahsianya ialah penggunaan isi durian yang baru yang masih manis. Buang biji dan hancurkan isi durian, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Kalau dah lama ianya menjadi masam seperti tempoyak. Dah tak sedap untuk sambal ini. Jadi dalam dua atau tiga hari masih sedap dibuat sambal ini. Kalau dah lama, gunakan sahaja untuk memasak Tempoyak Ikan Patin. Hahaha. Terima kasih kerana tidak lokek berkongsi cara menyediakan Sambal Tempoyak dengan saya hari ini. Teringat pula arwah ayahanda yang suka makan isi durian dengan budu. Seulas atau dua durian dimasukkan dalam budu. Bila hendak makan, dicubit dan dicicah dengan budu. Hmmm sedap.... cicah pulak dengan petai rebus atau apa apa ulaman.

Kalau dah ke sini, selain Sambal Tempoyak, pastilah Masak Tempoyak Ikan Patin yang jadi pilihan. Hubby ambik 1 bahagian kepala dan 2 bahagian badan. Ambik juga 1 ketul ayam untuk Aween, 1 ekor ikan selar goreng dan ulam ulaman. Total bil untuk kami tiga beranak ialah RM120. Kira brunch lah sebab dari rumah, kami tidak mengambil sarapan. Untuk ke sini sebenarnya cukup mudah. Ianya terletak di sebelah kiri jalan selepas melepasi Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh di sebelah kanan. Dalam kira kira 800 meter dari simpang hospital. Di sebelahnya ada BHP petrol station Paya Pulai.

Jom layan bahan digunakan serta cara menyediakannya di bawah ini....


Sambal Tempoyak Sedap

Sambal Tempoyak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Beberapa ulas durian - ambik isi dan hancurkan
Segenggam cili padi kampung
Sedikit garam

Cara cara:
Kisar kasar cili padi dengan menggunakan blender kering. Selepas itu, masukkan sedikit garam. Bolehlah dimasukkan ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk.


Sambal Tempoyak Sedap

Bila hendak dihidangkan, ambik isi durian yang dihancurkan dan masukkan cili kisar secukupnya. Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama ulam ulaman.


Sambal Tempoyak Sedap

Selamat mencuba.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Sambal Tempoyak Sedap "

  1. dulu tak suka skrg jatuh cinta dgn tempoyak ....

    BalasPadam
  2. meleleh tengok sambal tempoyak ni..ni antara versi sambal tempoyak yang saya suka

    BalasPadam
  3. Hello Azie, this coming to you from Canada. I have always loved Malay food, but for some reason or not, sambal tempyak I never tried, but prefer sambal belachan.
    I can see you a very good gourmet cook, your asam pedas tu makan boleh lupa nama mak, ha ha.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Best regards,
    Lee.

    BalasPadam
  4. meleleh air liur tgk....try resepi ni kak...http://aziejaya.blogspot.my/2015/12/sambal-tempoyak-sedap.html#comment-form

    BalasPadam
  5. meleleh air liur sy...hehe..... kak azie try sekali resepi http://www.mummyaysar.blogspot.my/2015/12/nasi-minyak-serai_16.html

    BalasPadam
  6. Ni kalo sy buat..cili tu sy buh skali ikan blis tumbuk sparuh lumat..emmmm...lame xmkn😃

    BalasPadam
  7. Sebenarnya saya dah banyak belajar resepi dari Azie Kitchen ni..Terima kasih buat kak Azie di atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  8. Banyaknya biji cili

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ambik lah secukupnya. Jgn dicampur siap siap. Nak makan baru campur

      Padam