Iklan Nuffnang

Adsense HTML

4 Jan 2017

Jom Baca Buku Budak Luar Kotak



 
Pernah tak kita dengar ungkapan "think outside the box" atau Berfikir Di Luar Kotak? Pasti sekali, kita mendengarnya berkali kali. Tapi apa yang dimaksudkan dan bagaimana ingin melakukan sedemikian. Buku yang ditulis oleh sahabat kami Dr Abdol Aziz Sahat yang juga merupakan seorang pakar motivasi terkenal akan memberikan contoh dan tindakan sebenarnya bagaimana bila seseorang berfikir di luar kotak. Di luar dari kebiasaan. Gunakan kreativiti minda untuk melakukan sesuatu perkara yang jika dilihat sekali lalu, seolah tidak masuk akal atau agak mustahil. 


Dr Abdol Aziz terkenal di kalangan anak anak sekolah. Anak sulong saya Dr Nana juga pernah menghadiri kursus motivasi yang diadakan oleh Dr Aziz sebelum menduduki ujian UPSR. Banyak ilmu yang dikutip di dalam kursus tersebut diamalkan oleh Nana. Antaranya meletakkan pokok di meja tempat belajar bagi memberi lebih oksigen yang diperlukan untuk membantu semasa belajar, mengelakkan makanan tertentu seperti roti canai atau minuman bergas ketika menghampiri bulan peperiksaan. 





Berbalik pada buku Budak Luar Kotak pula, ianya adalah berkisar tentang kisah enam orang anak angkat Dr Aziz dari pelbagai latar belakang dan bangsa. Beliau berjumpa dengan anak anak ini semasa mengendalikan kursus motivasi sejak tahun 1985. Buku ini berkisar tentang 6 orang anak angkat yang dahulunya Zero dan berubah menjadi Hero. Kisah suka duka yang mereka lalui amat mencabar. Pengalaman bersama sama dengan mereka memberj sumber inspirasi kepada Dr Aziz sebagai seorang penceramah motivasi. Kisah 6 anak angkat beliau seterusnya akan diterbitkan dalam buku kedua. Seorang dari mereka telah mencalonkan nama Dr Aziz untuk mendapat Anugerah My Hero 2016. Walaubagaimanapun, idea asal ditulis tiada kaitan dengan Anugerah trersebut. 





Saya tak berniat untuk mengulas lanjut mengenai kandungan buku ini. Yang penting dapatkan naskah anda hari ini sebagai hadiah kepada anak anak kita. Tunjukkan pada mereka real life example di mana mana anak yang dulu zero telah berubah menjadi seorang Hero yang berjaya dalam kehidupan mereka.  Dapatkan naskah anda dari kedai buku berhampiran dengan harga RM35 se naskah. Tidak rugi untuk melabur pada buku yang boleh mencetuskan impak yang sangat besar pada masa depan anak anak. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin menghubungi Dr Abdol Aziz boleh call di no telefon 0193706422.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.