Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

5 Jan 2017

Sup Bebola Ikan Azie Kitchen Yang Sangat Sedap






Harap belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca blog Azie Kitchen. Saya nak kongsikan resepi pertama di tahun baru ini dengan resepi yang sangat istimewa dan telah lama saya ingin menyediakannya. Tapi dek kesibukan masa untuk ke pasar Taman Tun Dr Ismail, ianya telah begitu lama tertangguh. Saya memang penggemar makanan ala Chinese seperti nasi goreng Chinese style dan sup terutama clear sup, ala ala Chinese style. Bahan yang sinonim dengan masakan Chinese style adalah serbuk lada putih. 

Saya masih ingat masakan pertama yang saya masak sewaktu berpindah ke rumah di USJ adalah nasi goreng China. Semua bahan dimasak main campak campak sahaja tapi memang sedap menjadikan ianya satu nostalgia hingga kini. Kalau tak silap, itulah kali pertama saya menggunakan serbuk lada putih di dalam menyediakan nasi goreng. Sebelum itu, memang tak pernah guna dan tak pernah melihat arwah Bonda menggunakannya dalam masakan.  Sejak itu, serbuk lada putih telah menjadi rempah bahan masakan yang wajib ada di dapur rumah kami. 

Hari ini meh saya nak tunjukkan cara menyediakan sup fish ball yang sangat sedap. Bahan wajib ada, ialah serbuk lada putih. Serbuk lada putih pilihan saya adalah dari keluaran AJI-SHIO® Pepper. Serbuk lada putih AJI-SHIO® Pepper mampu menjadikan masakan lebih enak kerana kandungan perisa tambahan garam dan MSG di dalamnya. Aroma serbuk lada putih lebih terasa. Saya menggunakan serbuk lada putih dengan pelbagai cara dalam masakan saya kerana saya amat menggemari rasanya. Antaranya ialah sebagai bahan perisa yang ditabur sebagai topping atas masakan seperti nasi goreng, boleh diguna dalam masakan bergoreng, dimasukkan dalam kuah sup dan juga sebagai bahan perapan atau marinade.

Untuk hari ini, saya menggunakannya sebagai bahan perapan dalam fish ball sendiri dan juga sebagai perisa di dalam kuah sup. Jika boleh kita guna fish ball yang dibuat sendiri menggunakan isi ikan segar seperti tenggiri atau ikan kembung yang saya tunjukkan dalam gambar gambar di bawah. Untuk melihat dengan lebih jelas, kenalah singgah ke Instagram Azie Kitchen kerana saya ada menyediakan video step by step. Kena tengok step hempas menghempas semasa menguli dan macam mana nak menjadikan fish ball kita lebih bouncy atau melantul. Ada cara nyer tau.  

Jom layan resepi Sup Bebola Ikan Azie Kitchen di bawah ini. Bagi menjimatkan masa, saya minta ikan tenggiri dipotong fillet. Cara yang saya tunjukkan di bawah adalah cara manual kerana saya tidak punya food processor. Jika anda menpunyainya, lagi cepat disiapkan. Cuma perlu digaul dan diuli sahaja. Selamat mencuba. 



Sup Bebola Ikan Azie Kitchen

Bahan Sup:
Bebola ikan secukupnya
1 sup bunjut/1 sudu besar serbuk sup
2-3 biji ubi kentang - potong kecil
Daun sup/daun bawang - hiris
6 - 8 ulas bawang merah - hiris nipis dan goreng garing hingga keperangan
Minyak jagung
Daun sup/daun bawang

Bahan Bebola Ikan:
2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana - ambik isi 
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil serbuk lada putih AJI-SHIO®
1 sudu besar tepung jagung
Air secukupnya

Cara cara:
Potong ikan untuk mendapatkan 2 keping fillet. Dengan menggunakan sudu, kikis isi ikan yang masih melekat di tulang dan kulit ikan. Masukkan isi ikan ke dalam mangkuk. Masukkan garam ke dalam sedikit air dan ketepikan.
 
 



Letak semua isi ikan atas papan pemotong plastik. Dengan menggunakan belakang pisau pemotong yang besar, hancurkan isi ikan. Isi ikan akan menjadi melekat lekat apabila ianya dihancurkan. Jadi tuangkan sedikit demi sedikit air bercampur garam di atas tadi untuk menjadikan ianya kurang melekat.




Setelah isi ikan dihancurkan dengan rata, masukkan serbuk lada putih, garam dan tepung jagung. Gaul rata. Kepal semua isi ikan dan mula menguli dengan cara dihempas dan uli berulang ulang kali pada papan pemotong plastik. Inilah rahsia untuk menjadikan fishball yang bouncy atau memantul seperti bola. 




Setelah selesai, masukkan sedikit air sekadar untuk mencair tepung jagung. Tuang air tepung jagung ke atas isi ikan yang diuli tadi. Uli lagi sehingga rata dan menjadi lembut dan licin. Basahkan tangan dengan sedikit air dan lap di permukaan adunan tadi. Adunan akan menjadi licin dan berkilat.
 


Boleh dirasakan dahulu dengan mencubit adunan dan masukkan ke dalam air mendidih. Apabila ianya timbul di permukaan, angkat dan bolehlah di rasa terlebih dahulu. Jika kurang, tambahkan garam atau serbuk lada putih hingga secukup rasa.

Ambil 1 sudu besar adunan dan dibulat bulatkan. Sedia untuk dimasukkan dalam kuah sup.

Cara cara membuat Sup:
Masakkan air secukupnya dengan sup bunjut atau rempah sup serbuk. Masukkan ubi kentang dan bebola ikan. Masak sehingga kentang lembut dan bebola ikan masak iaitu bila ia timbul di permukaan. 

Sementara itu, panaskan minyak jagung dalam kuali dan tumis bawang merah dihiris sehingga keperangan. Tuang bawang goreng bersama minyaknya sekali ke dalam periuk sup. Akhir sekali, taburkan daun sup. Masukkan sedikit lagi serbuk lada putih AJI-SHIO® atau serbuk lada hitam AJI-SHIO® black pepper ke dalam kuah sup bagi menambah perisa sup. 
 


Sedia untuk diangkat dan dihidangkan panas panas. Sedap dimakan begitu sahaja atau boleh juga dimakan dengan nasi putih atau dimakan dengan mee hoon yang telah dicelur.



5 ulasan:

  1. sedap tu dibuat sendiri. fresh! homemade lagi :)

    BalasPadam
  2. Thanks kak zie...boleh cuba nanti ni

    BalasPadam
  3. Sedapnyee...dah lama cari resepi nie
    Kak zie punya resepi semua sedap,selalu beli bebola ikan lepas nie boleh buat sendiri ...terima kasih kak zie

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.