Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

27 Mac 2017

Cucur Kentang Rangup Luar dan Lembut Di Dalam Yang Sedap





 
Secara jujurnya, sepanjang hari minggu yang lalu, emosi saya sangat terganggu. Berita yang dibaca dari facebook sahabat baik saya bagai menyentap menghiris hati dan perasaan ini. Saya cepat cepat menelefon dia yang sedang berada di Langkawi kerana program LIMA juga business keluarga di sana. Saya melihat beliau seorang periang dan punya segalanya dalam hidup. VIP yang hidup mewah, punya perniagaan yang bagus dan cantik pula. Saya juga envy melihat hidup beliau yang sentiasa membahagiakan kawan kawan. Walaupun beliau tidak dapat hadir di resepsi majlis perkahwinan Nana, kerana bercuti di luar negara, tapi awal awal lagi beliau telah menitip kiriman buat kami sekeluarga. Saya sangat terkejut dan kaku seketika, tiada kata yang mampu diucapkan. Suami yang dikahwini berpuluh tahun lama nya, didapati telah curang. Walaupun bersumpah bagai, namun lelaki curang akan tetap berbohong sehingga segalanya terbongkar. Beliau telah sebulat hati ingin hidup sendiri dan membuang title Datin yang dipegang selama ini. Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa. Ianya adalah pendapat peribadi saya sendiri yang mungkin berbeza dengan orang lain. Saya tidak anti-poligami tapi saya benci dengan lelaki yang berpoligami tidak mengikut cara caranya seperti yang dilakukan Rasulullah. Sirah Rasulullah tentang kenapa Rasulullah berkahwin ramai pun tak tahu, tapi tahu pula untuk mengikut sunnah Rasulullah. Erti mampu dan erti berlaku adil ditafsirkan sewenang wenangnya. Saya juga tidak suka perempuan yang mendekati suami orang melebihi batas. Saya tidak sesekali sanggup untuk bermadu. Andai suami menpunyai pilihan lain, saya haruslah dilepaskan atau saya sendiri mencari jalan keluar. Saya percaya masih ada kehidupan yang lebih baik, andainya ini berlaku. Saya percaya pada rahmat dan kasih sayang Allah. Perempuan di luar sana, jangan sesekali membuat alasan untuk "bersembang kosong" di WhatsApp dengan suami saya atas apa jua alasan selain urusan kerja. Cerminkan diri sendiri andai anda lebih baik dari saya. Jika tidak, lupakan sahaja. Di sebalik kelembutan, saya adalah seorang yang tegas dan boleh melakukan sesuatu yang pasti anda tidak suka selamanya. Nasihat saya, perempuan mesti berduit dan berharta atas nama sendiri supaya mampu hidup berdikari andai panas tidak sampai ke petang. Pastikan payung sentiasa tersedia di tangan. Saya mohon maaf andai tulisan saya ini tidak dipersetujui. Ianya adalah pendapat peribadi saya yang mungkin berbeza dengan anda.... 

 

 


Lama betul saya tidak menyediakan cucur udang atau cucur ikan bilis untuk hidangan petang. Tiba tiba teringin nak makan cucur bilis tapi di saat akhir, saya tukar dari cucur bilis ke cucur kentang. Cucur yang sedap ialah cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam. Antara kaedah untuk menyediakan cucur yang kekal lembut walaupun setelah sejuk adalah dengan memasukkan 1 biji telur, atau menggunakan air panas atau memasukkan 1 sudu kecil minyak masak panas. Ini adalah antara petua untuk bagi menjadikan cucur rangup dan lembut biar pun setelah sejuk. Selain kentang, boleh juga digantikan dengan jagung manis. Hari ini saya dah terlebih rajin kerana saya juga menyediakan Sambal Cuka untuk pencicah Cucur Kentang saya. Hubby kata Sambal Cuka saya tidak pedas, jadi dia tetap mencicah dengan Sos Cili Thai. Kalau mahu pedas, bolehlah letak 1 atau 2 tangkai cili padi. Tapi pada saya, Sambal Cuka itu sudah cukup sedap.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa singgah di Instagram Azie Kitchen untuk video dan juga youtube Azie Kitchen channel untuk video yang lebih panjang.


 
Cucur Kentang Sedap

Bahan-bahan:
250 gram tepung gandum
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil 
Secekak daun kucai - potong pendek
1/2 sudu kecil garam
Secubit gula
1 biji telur
200 ml air - lebih kurang
Sedikit air panas
Minyak untuk menggoreng

Cara cara:
Satukan tepung gandum dengan daun kucai, kentang, gula dan garam. 




Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit dan sebiji telur. Kacau adunan sehingga rata. 




Masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tidak tepu. 

Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu. 



Sambal Cuka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 -3 ulas bawang putih 
2 tangkai cili merah 
1/2 sudu besar garam
2 sudu besar cuka 
1 sudu besar gula - boleh tambah

Cara cara:
Hiris bawang putih dan cili merah sebelum ditumbuk bersama garam sehingga lumat. Masukkan gula dan cuka. 
 



Tekan-tekankan dengan lesung batu supaya kesemua bahan bergaul sebati. Perasakan dan bolehlah dihidangkan.


 

16 ulasan:

  1. sedapnye....thanks akk for the share...

    BalasPadam
  2. salam kak azie
    takziah saya utk kwn kak azie
    sy sokong pendapat kak azie.. sukakan semangat kak azie, perempuan ni byk jenis, perempuan2 yg x malu n beriman shj suka mendampingi suami orang
    Lps tu bila suami org meninggalkan dia, dia kan ckp dia insan teraniaya, mulala up status ayat2 quran utk mintak simpati
    saya mmg anti dengan perempuan mcm ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ramai selebriti spt ini. Bila ditinggal, mula lah up status menjadi mangsa. Walhal dia sendiri perampas sebelum itu.

      Padam
    2. betul tu kak Azie, skrg ramai yg berlagak spt selebriti..tp igt satu je, bila kita merampas hak org, jodoh tu x kan lama..sy doakan kwn kak azie diberi kekuatan n iman yg kuat utk menempuh ujian Allah ini, ikhlas dr saya Sal

      Padam
  3. salam..

    orang lelaki kalau dah berlaku curang ni mereka tidakkan berubah,sampai ke mati. Ni memang sah betul.
    ibarat buaya makan bangkai..

    dan perempuan yang penyebab kecurangan itu kena tahu ... kalau dia boleh lakukan pada isteri pertama, dia akan lakukan juga pada isteri kedua dan ketiga, dan seterusnya.. dgn pelbagai cara...
    tu aja.. whats goes around and comes around.
    Dan mereka akan melakukan apa saja makn luar dan lain lain.
    Selalunya bila lelaki ni dapat men opause, dia jadi ngada ngada dan manja.. emotional dan sebagainya.. lagi lagi di penghujung hidup.

    bila terlantar dan dah dekat dekat nak maut tu masa tu Nampak la ketakutan mereka tapi mereka akan tetap guna reason lain pulak untuk buat alasan.. tapi sapa yg kekal dengan dia nasibla... kena hadap...

    Sebab tu kalau boleh berbahasa dengan orang asing sebagai panggilan encik ke pakcik ke etc bukan berbahasa abang bang.. keep a distance

    sekarang ni masalah dunia whatsapp... chat fb adalah bahaya utk diri keelamatan dan kebahagiaan..


    wasalm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya sgt bersetuju dg komen diberi. Lelaki beriman tidak akan hidup dalam penipuan dan pembohongan atas apa jua alasan. Ramai perempuan tidak tahu menjaga batas pergaulan dengan suami orang.

      Padam
  4. Kak Azie, saya 100% sokong pendapat Kakak. Bukannya tak ada lelaki lain dalam dunia ini, kenapa mereka suka 'kacau' suami orang and pecahkan kebahagian keluarga orang lain. Hai...tak tahulah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin mereka tak nak hidup susah. Nak terus senang.

      Padam
  5. Setuju. Bapa saya klu angkatan meminang adik2 perempuan saya soalan pertama dia akan tanya BUJANG / DUDA / SUAMI ORG. klu bujang perbincangan akan diteruskan. Klu duda atau suami org mentah2 bapa akan tolak. Punya tegas dlm hal ni. Sebab tak nak berlaku konflik kemudian hari. Fahamkan.
    Bagi org perempuan pun jgn lah ambil suami org atau duda pun jgn. Duda yg mati isteri tak pe. Yg cerai dan ada anak pun jgn. Mcm2 konflik nanti. Cari yg sama2 bujang easy.
    Perempuan pun elakkan berhubung dgn suami org. Banyak perkara tak elok skan timbul. Hal penting mcm urusan kerja shj. Yg lain tu tak perlu.
    Kena fikir kita runtuhkan masjud org. Org tu dah bina rumahtangga dgn susah senang suka duka bertahun2 dan.puluhan.tahun. JGN DAN ELAKKAN. MAAF JIKA ADA YG TETSINGGUNG. SEKADAR PANDANGAN.

    BalasPadam
  6. sbb utama sy suka lihat blog kak azie sbb sgt trsusun,sng nk belajar msk..ikut step by step terutamanye bg yg baru nk belajar mcm saya
    ..kalau tgok blg yg lain mata mcm berpinar sbb serabut-he2 diana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh Diana. So sweet of you. Jgn puji sgt, dear

      Padam
  7. Kak Azie, I agree with you 110%. I also have the same opinion and attitude like you. I am so sorry for your friend.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes dear. It is very sad episode for my friend. I am crying thinking of what happened to her..

      Padam
  8. Me also like cucur bawang/udang during tea time..tq for yr good recipe sharing sis azie..I like it so muc😄😄

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.