Iklan Nuffnang

Revenuehits html

9 Sep 2011

Nasi Daging





ini la rupa nasi daging ..



air asam dan kerisik



silakan ...

Resepi ini saya belajar selepas melihat sahabat fb saya, TeeaRa Yatie memasak juadah nasi daging sempena hari raya aidil fitri baru baru ini. Sebelum ini saya pernah beberapa kali makan nasi daging di rumah terbuka aidil fitri yang diadakan di rumah rakan sepejabat saya. Namum pada masa itu, tidak pula terlintas untuk belajar memasak nasi daging ini.

Keinginan mencuba bertambah lebih lebih lagi selepas bercakap dengan my friend, Ismati yang mencadangkan supaya menu untuk majlis rumah terbuka jika ingin memasak sendiri, elok dibuat nasi daging, ayam dsb.  Jadi lauk yang perlu ditambah tidak perlu banyak. Memudahkan urusan, lah kiranya kerana saya tidak mempunyai pembantu rumah. 

Pagi pagi lagi hari ini, saya dah terlebih rajin, bangun tengok apa ada di dapur, cukup ke bahan untuk masak nasi daging, bila tengok cukup, terus on jer.  




Nasi daging

Bahan-bahan:
250 gm daging (hiris dan rebus dengan halia hingga lembut)
4 cawan beras (dibersihkan)
4 cawan air rebusan daging (ikut beras)
1cawan susu cair 
2 sudu besar rempah kurma  
daun pandan
1 biji tomato (potong dadu)
garam dan gula
daun ketumbar
Bahan tumis:
kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)


Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau.  
2. Masukkan rempah kurma, goreng biar garing dan wangi
3. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, goreng sekejap.
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masakkan nasi dengan rice cooker sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar, jika suka
7. Hidang bersama air asam.

Resepi air asam.
Bahan A: (blend)
 asam jawa
 cili padi
 tomato
 belacan (jika suka)
 kerisik
 gula
 garam
Bahan B : (potong)
tomato
bawang besar
cili padi
Cara cara
Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan rasakan garam gula dsb.  

Resepi Asam cara TeeaRa:
Tumbuk sambal belacan. Potong nipis nipis tomato dan bawang besar dan tuangkan ke dalam sambal belacan.  Masukkan kerisik, garam, gula dan sos tomato. Kacau hingga berpalut semua.  Guna sedikit air daging dalam air asam tadi.  
Terima kasih, Yatie.

Jom layan gambar gambarnya sebab hari memang rajin sikit ...

Bahan bahan diperlukan ..



Tumis rempah penumis dan bawang 



Masukkan rempah kurma



Goreng beras yang telah dibasuh dan ditoskan 



Kacau rata, masukkan daun pandan, garam, gula 



Daging direbus dengan halia



Masukkan air rebusan daging



Masukkan daging


Masukkan tomato yang dipotong dadu



Tuang susu cair



Masukkan daun ketumbar, jika suka



kacau rata ..



Masuk dalam rice cooker ..



Taadaa.. siap



Air asam dan kerisik



19 ulasan:

  1. Salam. Saya telah pun memcuba respi wajik dan nasi daging. Sgt sedap. Boleh x saya memngambil gambar dan respi untuk simpanan saya. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lili, boleh jika utk simpanan sendiri, tp utk lain lain tujuan, kena beri kredit pada blog Azie Kitchen

      Padam
  2. Terima kasih puan, resepi ini sedap.

    BalasPadam
  3. Sedg cuba buat nii..mintak menjadi laa

    BalasPadam
  4. Petang ni nk try wat .

    Insyaallah. Sgt berterima kasih krn byk sy blja dr resepi kak azie.

    BalasPadam
  5. Tq K.Azie....resepi K.Azie memang sedap2..

    BalasPadam
  6. Sy Sudah 2 Kali buat ikut resepi Azie ni..sedap...tq sharing ye...moga dipermudahkan urusan...

    BalasPadam
  7. Salam kak Azie, saya budak baru belajar..
    selama ni asyik dengar je nasi daging. teringin nak buat.
    boleh ke gantikan susu cair dengan santan ye?
    tq

    BalasPadam
  8. Salam kak Azie, terima kasih utk resepi2 akak....byk masakan sy ikut resepi akak....semua menjadi...family pun puji....hari ni nak buat nasi daging lak...hopefully menjadi la....

    BalasPadam
  9. salam kak azie. sy bru try resepi akak. tgah tunggu encik suami balik rasa + bg markah.. hihi minta halal ye akak

    BalasPadam
  10. Sedap! Terima kasih kongsi resepi :)

    BalasPadam
  11. Hari ni nak try sis..insaallah..

    BalasPadam
  12. Salam sis... nk tanye. Susu cair boleh ganti dgn santan ke. Sy selalu try resepi dr sis.... mudah faham

    BalasPadam
  13. Yea betul dan nenjadi bila dicuba

    BalasPadam
  14. Tq for recipe kak.. Sedap dan mudah nk buat.. Suami pun suka.

    BalasPadam
  15. Dh cuba...sedap...adik2 kata mcm nasi kenduri...hehehe

    BalasPadam
  16. Thanks kak.alhamdulillah resepi mudah dan sedap.tmbah2 air asam..mengancam.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.