Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

30 Jun 2017

Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap







Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua follower blog Azie Kitchen. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan suci dan termasuk orang orang yang mendapat kemenangan. Aameen. Sejak balik dari menunaikan umrah Ramadhan lalu, saya masih belum mendapat mood untuk mengemaskini blog. Banyak jer lauk pauk dan kuih muih yang telah disediakan. Tapi mood untuk berblog belum datang lagi. Semoga sokongan anda semua akan membuatkan saya bersemangat untuk menulis kembali. Secara jujurnya, saya masih dalam mood umrah di Mekah dan Madinah. Malahan tidur malam juga masih termimpi seolah saya masih di sana, berkejaran waktu untuk ke masjid, berebut dan berhimpit himpit waktu beriktikaf. Belum lagi berebut rebut untuk mengisi air zam zam yang sentiasa penuh dikerumuni. Suasana itu, masih terbawa bawa dalam diri saya sehingga ke waktu tidur. Saya masih merindui kurma sukkari yang dijamah waktu berbuka puasa, masih dahagakan air zam zam, masih rindukan solat berjemaah di Masjidil Haram. Walau pun penat yang tidak boleh digambarkan dengan kata kata, namun saya sangat tenang dan bahagia di sana. Saya redha atas segalanya. Saya berdoa agar saya dijemput lagi untuk ke tanah suci...
   





Kali ini saya ingin kongsikan resepi Puding Karamel yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Dua hari berturut turut menyediakan puding yang sangat hot ini. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Memang ramai yang menyukai puding karamel ini. Rasanya yang lembut dan sangat mesra dengan anak tekak. hahaha lebih lebih lagi yang baru dikeluarkan dari peti ais. Rasa air gulanya yang manis manis pahit sangat sangat sedap pada saya.

Jom layan resepi yang saya kongsikan semula di bawah ini. Semoga anda semua dapat mencubanya. Jika dibeli, ianya berharga RM1 untuk sebekas. Jadi sangat menjimat jika disediakan sendiri, dapat makan sehingga puas... Jangan lupa melihat video yang saya sediakan di Instagram Azie Kitchen dan youtube channel Azie Kitchen...





Puding Karamel Yang Sedap
Untuk: 20 bekas

Bahan bahan:
3/4 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.

Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 

Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 





Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala. 





Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering. Angkat dan sejukkan. 




Setelah sejuk, simpan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati. 



12 ulasan:

  1. Sdpnya kak azie...insylh sy cuba bt..tq kak azie atas perkongsian resepi

    BalasPadam
  2. salam kak azie...pukul telur tu kene guna mixer ker..atau pukul biasa2 jer..xyah guna mixer. tq kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pkl biasa lembut lembut supaya tidak berbuih. Baru tekstur cantik dan tak berlubang.

      Padam
  3. Gula hangus disimpan semalaman didalam peti ais tak beku ke Azie,tq

    BalasPadam
  4. Kak Azie, mata telur tu mcm mana ya? First time dgr ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia macam putih berketul. Plg ketara dlm telur itik. Kalau telur ayam, tak buang pun tak apa. Tapibkalau telur itik, sedikit hanyir. Kalau tak nak buang, tapis sahaja. Ia payah dihancur bila di kacau

      Padam
  5. Memang tambah air ke dlm telur?

    BalasPadam
  6. Kak Azie ... kalau gula hangus tu, saya buat dua hari sebelum, akan masih okay ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok jer. Tutup elok elok. Memang elok buat awal awal. Tak da
      Ah tergesa gesa nak buat itu dsn ini

      Padam
  7. assalamualaikum,puding ni akak bukak utk tempahan tak?

    BalasPadam
  8. assalamualaikum..salam perkenalan kak azie sya kalu mask mesti tgk blog masak akk.. semuanya simple tp sgt sedap ..terbaiklah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Salam kenal dari saya buat Laila.

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.